Wednesday, November 4, 2009

Ritma Kehidupan

Kami suami isteri sangat terkejut bila melihat flash news di Astro Awani malam tadi .Korea Selatan istihar darurat H1N1. Pagi tadi 'Ammar ada memaklumkan kawan serumahnya (pelajar Malaysia) disuruh kuarantin di rumah kerana hospital sudah sesak. Ya Allah! Apalah yang mampu dilakukan melainkan kembali menadah tangan memohon doa dan pertolonganmMu.


Ada teman saya seorang pelajar Daru Syifa' menyarankan diamalkan membaca Bismillah 7  sebagai pelindung. Dalam situasi ini kita akan mencuba apa sahaja cara untuk melindungi diri dan memastikan nikmat kesihatan terus dinikmati.

Saya yang sehari dua ini dalam keadaan kurang sihat dan banyak benar perkara yang sedang difikirkan dan dicari jalan keluar sudah pasti  paling tertekan. Siapalah lagi tempat mengadu? Tentulah Dia yang tidak pernah lena dan tidur. Cuma kita sebagai hamba yang sangat  lemah ini sering melalaikan diri dengan kesibukan dunia hingga tidak sempat untuk bersujud lama dan mencari jalan keluar dariNya.


Musibah untuk kita adalah muhasabah cinta dariNya. Dia yang setia tetap menanti kita menyatakan kehinaan diri dan menyerah sepenuh keabdian kepaadNya. Marilah luangkan sedetik masa yang sangat  berharga ini untuk berdoa kepadaNya memohon diberi keselamatan untuk anak-anak kita yang sedang menimba ilmu di Korea Selatan. Mereka adalah pucuk-pucuk muda yang akan menerajui negara di masa depan. Masa depan Islam sedang dibina dalam jiwa-jiwa muda mereka.

No comments: