Saturday, November 21, 2009

Oh Warna-warna



Banyak betul agenda bila menjelang hujung tahun. Sejak beberapa minggu lepas banyak perkara yang perlu difikirkan, diberi perhatian dan perlu diselesaikan. Kadangkala bila menyelesaikan hal orang lain sampai kita lupa memberi sedikit masa untuk diri sendiri. Kita hanya akan tersedar bila tiba-tiba jatuh sakit, tiba-tiba otak pun dah jadi tepu dan badan pun sudah tidak terdaya lagi. Begitulah yang kami suami isteri rasakan ketika ini. Beberapa  hari lagi hari raya Qurban akan menjelma, sudah pasti persiapan menyambut raya dan majlis kurban di rumah emak/abah menjadi tugas utama kami. Menu utama dan kelengkapan untuk kurban juga perlu diberi perhatian khusus. Tahun ini alhamdulillah hampir seekor lembu juga. Sudah pasti banyak kerja yang menanti.Bermula dengan melapah sehingga mengagihkan daging kepada penduduk kampong semua dilakukan sendiri. Ketika ini motor KAY sangat berguna. Untuk meredah alor dan celah rumah orang untuk menyampaikan daging korban.
Kak lang sudah berjanji untuk pulang awal bagi membantu mak membalut ketupat palas. Tugas menghampar karpet dan sejadah mudah-mudahan akan diambil oleh pak cik dan anak-anaknya. Tradisi solat raya di rumah mak/abah tetap diteruskan walaupun abah sudah tidak mmapu menjadi khatib mahupun imam. Mujur ada pak cik dan bang char yang boleh mengambil alih tugas tersebut.
Emak pula belum berhasrat mengemas dan mengatur semula peralatan rumah meskupun kita sudah masuk ke bulan Zulhijjah. Hujan yang sekejap-sekejap dan cuaca yang tidak menentu menjadikan mak tidak berani mengambil risiko. Mudah-mudahan tahun ini kami tidak perlu melapah daging di atas rumah. Jika ingin mengetahui kisah banjir baru-baru ini sila ke sini Banjir oh Banjir. Namun manusia merancang Allah jua yang menentukan.Dan sudah pasti sebagai orang beriman kita tetap akur dan redha ketentuanNya.

2 comments:

`Ammar Muhd said...

waaa nak balik raya..lapah lembu~! T.T

My Heart Draws A Dream said...

cepat abihkan degree..boleh balik tlg angkat lembu..antar kat umah org..