Kata orang bila kita banyak menerima jemputan kahwin dari kawan, rakan atau jiran itu tanda kita memang dah masuk golongan veteran. Ya! Memang betul cuti hujung tahun 2012 adalah tempoh masa yang sungguh sibuk.Terutama di hujung minggu, ada beberapa jemputan yang perlu ditunaikan.Jauh dan dekat. Jika diizin Allah memang kita patut hadir. Jika sudah menghadiri beberapa kenduri sudah pasti perut tidak mampu lagi menerima nasi..Tambahan pulak kalau lauknya tidak banyak berbeda dari kenduri terawal. Kalau ada menu sampingan seperti laksa, bihun sup, cendul atau bubur tentu itulah yang dipilih. Jika tak ada pun tidak menjadi masalah. Kita masih boleh hadir berbual mesra sambil meneguk minuman membasah tekak. . Berkunjung untuk meraikan tuan rumah yang susah payah menjemput dan sudah pasti berharap kehadiran kita sambil mendoakan kebahagiaan dan keberkatan pasangan yang dirai.
Bakal pengantin pula adakala hanya mampu mencadang dan merancang itu dan ini.Tenaga memang tak mampu dihulur kerana kekangan kerja dan cuti. Untuk mudah urusan pembelian boleh dibuat secara talian.Jadi rata-rata ramai orang sudah tidak berminat berkenduri di rumah Menyiap dan mengemas rumah agar selesa dan sedap mata yang memandang bukan calang-calang kerja melainkan ramai kaki dan tangan yang membantu.
Susah dan payah macamna pun kenduri tetap perlu dilakukan.Inilah khidmat terakhir ibubapa sebelum melepas anak gadis atau anak bujang menjalani fasa kehidupan yang baru. Orang dulu-dulu suka menyebut"anak saya yang dah lepas empat orang ada lagi tiga tak lepas lagi".Apa yang dimaksudkan dengan lepas tu? Itu bermaksud bila anak-anak dah dikahwinkan bermakna ibubapa sudah melepaskan tanggungjawab mereka.Dan pasangan itu akan memulakan hidup baru bersama. Kegunung sama di daki dan ke lurah sama dituruni. Ibubapa hanya memantau dari jauh, campurtangan hanya boleh dilakukan jika diminta.Biarlah mereka mengatur kehidupan mereka. Jika kita mengaku sudah melepaskan mereka. Lepaskan dengan hati yang reda dan bertawakkal kepada Allah.Inilah masa untuk kita memikir untung nasib diri kita pulak.
Bila seseorang anak sudah menanam azam untuk mendirikan rumahtangga sudah pasti dia telah berfikir semasak-masaknya. Berkahwin usia muda atau berkahwin lewat bukan persoalan. Jika mereka sudah mempersiapkan diri, mental dan material untuk berkahwin maka kita sebagai ibubapa hanya perlu menyediakan belanja untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Bajet untuk kenduri ikut kemampuan kita. Kita boleh jemput seramai mana yang kita inginkan tetapi alangkah baiknya jika kita memilih untuk bersederhana. Ketika saudara-saudara kita di seluruh dunia sedang menderita kerana peperangan, bencana alam dan kita dirayu memberi sumbangan tentulah tidak patut kita berpura-pura tidak mendengar atau mengetahui tentang tabung itu dan ini yang dilancarkan.
Sabda Nabi saw bukanlah dari kalangan aku mereka yang tidak peduli akan kesengsaraan saudaranya..Dan ketika kita mampu berbelanja kita mengekang nafsu kita itulah namanya zuhud dan tika kita kesempitan wang ketika itulah Allah memberi pahala yang banyak jika kita memberi derma atau sadaqah. Timun di tangan kita, pisau pun ditangan kita.Pandai-pandailah kita memilih. Jangalah niat baik kita menjamu orang tetapi berlaku pula pembaziran sehingga Allah mencela dan menyamakan kita sebagai saudara syaitan.
Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran untuk diri sendiri dan mereka yang boleh disentuh hatinya. Apalah perkataan yang lebih baik? Sudah pasti perkataan yang mampu mengubah pemikiran, diri dan budaya manusia.Dari buruk kepada yang lebih baik lagi dan lagi baik.
dua hati satu rasa |
Risiko mengada majlis kahwin pada musim cuti sekolah atau cuti umum yang bersambung hujung minggu ialah jemputan yang bertindih. Hati kita akan berdub dab dub dab..menanti tetamu tiba. Risau lauk tak cukup, risau hujan turun dan berbagai perasaan yang sukar diungkapkan. Wajah kita tersenyum mesra sedangkan dalam dada Allah sahaja yang tahu. Kata orang berbulan sebelum majlis kita sudah tak lena malam.Berbagai perkara perlu diuruskan sebelum hari berlangsung.Mujur sekarang ini sudah ada berbagai forum,blog,majalah dsbbnya yang membantu kita merancang dan memastikan majlis berjalan lancar. Zaman kita mengharap jiran tetangga atau ipar duai atau saudara mara datang membantu sudah kian berlalu. Jika dulu tuan rumah hanya menyiap hidangan menanti jiran dan saudara mara datang membantu.Sekarang tuan rumah yang perlu terkejar ke sana ke sini mengurus dan membeli apa yang perlu. Kalau tak cukup sihat dan tak cukup nafas memang semput jadinya.Jadi bagi yang bakal jadi mak ayah pengantin belajar-belajar mencari makjun atau vitamin bagi menguat imune sistem agar kekal cergas,sihat sampai hari langsungnya.
lepaskanlah anak-anak dengan hati yang lapang dan kekal bertawakkal kepada Nya |
Bakal pengantin pula adakala hanya mampu mencadang dan merancang itu dan ini.Tenaga memang tak mampu dihulur kerana kekangan kerja dan cuti. Untuk mudah urusan pembelian boleh dibuat secara talian.Jadi rata-rata ramai orang sudah tidak berminat berkenduri di rumah Menyiap dan mengemas rumah agar selesa dan sedap mata yang memandang bukan calang-calang kerja melainkan ramai kaki dan tangan yang membantu.
Susah dan payah macamna pun kenduri tetap perlu dilakukan.Inilah khidmat terakhir ibubapa sebelum melepas anak gadis atau anak bujang menjalani fasa kehidupan yang baru. Orang dulu-dulu suka menyebut"anak saya yang dah lepas empat orang ada lagi tiga tak lepas lagi".Apa yang dimaksudkan dengan lepas tu? Itu bermaksud bila anak-anak dah dikahwinkan bermakna ibubapa sudah melepaskan tanggungjawab mereka.Dan pasangan itu akan memulakan hidup baru bersama. Kegunung sama di daki dan ke lurah sama dituruni. Ibubapa hanya memantau dari jauh, campurtangan hanya boleh dilakukan jika diminta.Biarlah mereka mengatur kehidupan mereka. Jika kita mengaku sudah melepaskan mereka. Lepaskan dengan hati yang reda dan bertawakkal kepada Allah.Inilah masa untuk kita memikir untung nasib diri kita pulak.
kami berkongsi hidup selama 32 tahun dan sudah melepaskan 4 orang anak...lagi 3 lagi noo |