Awal minggu bersiap-siap untuk berkursus ke Taiping. Sejak menjadi Ahli Lembaga Koperasi Qaryah saya sudah menjadi makin sibuk. Ada beberapa kursus wajib yang perlu dihadiri untuk memahami selok-belok pengurusan sesebuah koperasi.
Saban tahun saya tidak pernah culas menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan. Disamping mengikuti perkembangan koperasi adakala saya tertarik dengan 'door gift' yang ditawarkan. Biasalah manusia suka sangat pada yang percuma walau bukan sangat memerlukannya.
Dan kali ini entah bagaimana terpilih pula menjadi Ahli Lembaga. Memang tak pernah mimpi apatah lagi bercita-cita menjawat sebarang jawatan di koperasi. Tugas yang sedia ada pun rasa tak tertunai dan terpikul. Jawatan yang datang bersama tanggungjawab dan di hujung tahun kewangan pasti akan dipersoalkan anggota jika prestasi tidak memerangsangkan.
Sudah 10 tahun Koperasi Qaryah Masjid Taman Bertam Indah beroperasi. Sudah banyak kejayaan dan pengiktirafan yang diterima dan sering menjadi rujukan pulak. Dan bila terpilih menduduki kerusi ALK sudah pasti banyak yang perlu saya pelajari. Maklumlah kita berurusan dengan wang yang dikutip dari anggota, walaupun tak ramai tetapi sudah pasti setiap sen itu ada pertanggungjawabannya.
Sikap suka mengutip ilmu baru memjadikan saya mudah memahami dan mengikuti perbincangan yang dijalankan. Dan ditambah pula dengan pengalaman mengurus sumber manusia bertahun-tahun lalu membuat saya bersemangat untuk membantu mengujudkan satu SOP untuk pengurusan Taqwa Inn( motel 6 bilik milik Koperasi ) insyaallah.
Jika tidak dimulakan dengan cara yang teratur dan terurus di peringkat awal ditakuti nanti bertambah payah mengurus bila Koperasi berkembang.
Kami dibawa melawat kilang Spritzer beroperasi |
Faizah. staf Kotaqwa yang bersama berkursus. |