Sehari-harian kami sekeluarga menunggu di lobi hospital. Abah tiba-tiba mendapat acute limb ischemia. Itu istilah yang saya dapat dari seorang anak saudara saya yang sedang mendalami bidang perubatan. Anak-anak mak/abah semuanya duduk jauh-jauh. Paling dekat pun Ustaz Bad/Ustazah Nad tetapi kini bertugas jauh pula dari rumah. Pergi balik 160Km. Bila terjadi kecemasan agak sukar untuk dia segera sampai ke muka pintu rumah mak/abah. Sedangkan dulu tempat kerjanya hanya beberpa KM dari rumah mak/abah. Dialah yang paling diharapkan untuk menangani urusan mak/abah. Cuma dihujung minggu atau cuti sekolah sahaja kami berdua dan anak-anak yang lain dapat pulang menjengok dan mengurus keperluan mak/abah. Dulu ketika muda-muda saya suka dan menggalakkan anak-anak belajar dan merantau jauh untuk menimba ilmu dan pengalaman hidup tetapi bila melihat apa yang berlaku pada mak/abah saya bagaikan teringin anak-anak berada dekat-dekat dengan rumah. Walaupun khidmat bibik dapat membantu meringankan tugas tetapi tentu tidak sama dengan sentuhan keluarga sendiri.
Saya selalu tersenyum bila teringat kata-kata yang sering suami saya ulang-ulang. Mahu. Perlu. Mampu.Mahu jadi engineer? Perlukah ada engineer? Mampukah untuk jadi seorang engineer? Hanya diri sendiri yang mampu menjawabnya dan berusaha untuk merealisasikan impian itu. Kita hanya mampu menarik kuda ke air tetapi kuda itu yang perlu minum untuk terus hidup. Ibubapa dan pensyarah hanya mampu menyokong dan memudahkan laluan. Apa pun yang kita pilih hari ini mampu memberi peluang pekerjaan dalam bidang pengkhususan kita dan kita gembira dengan kerjaya kita. Kerana kerjaya itu adalah corak hidup kita di masa hadapan dan paling penting kerjaya itu mampu menyumbang untuk Islam dan manusia sejagat amnya.
abah selesai operasi di Hospital Sultanah Bahiyah.
*ihsan FB teh...yang lain x sempat nak upload
Kesempatan masa yang banyak terluang di ruang menuggu itu memberi saya banyak masa untuk berfikir. Saya mencongak sekarang sudah ada 4 orang ahli keluarga saya mengambil bidang kejuruteraan mekanikal dan mungkin seorang lagi akan mengikut .Tiba -tiba teringin juga ada seorang yang mengambil bidang perubatan. Bukan saya tidak pernah menyarankan tetapi masing-masing menolak dengan alasan-alasan mereka tersendiri. Dan bila keputusan SPM diumumkan nampaknya gred Fizik lebih baik pula dari Biologi.Jadi sudah pasti peluang mereka lebih cerah di bidang kejuruteraan. Baru-baru ini ketika usai membantu anak saya mengisi permohonan UPU seorang sahabat bertanya. "Minta apa?" Saya jawab "Asasi fizikal...." "Isy....isy...sydahla...sudahlah sains fizikal tu...ambik la bidang lain pula" Saya hanya tersenyum. Masing-masing ada jawapan di atas apa yang direncanakan. Begitu juga anak-anak saudara saya yang kesemuanya memilih bidang perubatan. Saya percaya mereka ada keupayaan dan azam yang kuat untuk menjadi seorang doktor yang baik satu hari nanti. Jika tidak tentu mereka tidak memilih bidang tersebut.
Mahu? Perlu? Mampu? |
hai..cucu saya ni pun nak jadi engineer jugak? Bila nampak segala crane, dsbnya puas dipujuk jika mahu diajak pulang