Ini rumah pertama yang kami miliki. Taman Uda sudah ujud ketika saya masih di sekolah rendah. Peluang berulang-alik mengunjungi emak saudara yang menetap di situ menjadikan saya jatuh hati dengannya. Bila adik ipar saya berkahwin dengan orang dari taman ini makin kerap kami ke sana. Pernah satu ketika emak saudara saya menawarkan rumahnya untuk dijual.Setelah kematian suami dia merasakan rumah itu terlalu besar dan sunyi baginya.
Meskipun hati melonjak suka tetapi suami telah memutuskan mesti ke Makkah dulu sebelum beli rumah. Dan rumah itu kami lepaskan kepada orang lain. Kita merancang tetapi Allah sebaik pelaksana rencana.
Beberapa bulan selepas pulang dari fardhu haji suami saya dimasukkan ke Hospital Alor Setar kerana kecederaan di kaki. Berminggu juga saya menemaninya di hospital dan anak-anak ditinggalkan di Jitra dijaga ibu mertua dan mak saudara. Pada suatu hari suami menyuruh saya membawa kereta yang berjemur panas hujan di parkir kereta untuk dicuci. Sambil menunggu terlintas difikiran "Alangkah baiknya kalau ada rumah dekat hospital..taklah jauh sangat nak berulang-alik" .
Saya tak pasti mungkin ada malaikat yang mengaminkan doa ini dan semuanya akhirnya menjadi kenyataan yang sangat mengujakan.Hanya sedikit masa sahaja lagi.Bersabarlah ayuhai hati!!
Pada suatu hari ayah mertua adik ipar saya menziarahi suami yang telah pulang ke rumah. Tanpa merancang saya lalu bertanya
Pada suatu hari ayah mertua adik ipar saya menziarahi suami yang telah pulang ke rumah. Tanpa merancang saya lalu bertanya
"Di situ ada rumah dak untuk dijual?"
Suami pantas meningkah "Ambuih..pandai-pandai dia nak dok sorang-sorang di Alor Setar" (Ketika itu kami menetap di Jitra).Dan cerita itu putus di situ.
Keesokkan harinya, besan mak datang lagi lalu mengkabarkan "Mai lekas pi tengok..ada orang RTM nak jual rumah".
Setelah berbincang dengan suami kami bersetuju untuk pergi melihat-lihat dulu, no harm done. Dengan kaki yang bertongkat kami bersama-sama melawat rumah tersebut yang terletak tidak jauh dari Tol Alor Setar Utara. Dan saya pula sedang mengandung si bongsu. Kami melihat ruang dalam dan luar rumah. Memang agak tidak terjaga kerana sudah lama tidak disewakan.
Akhirnya setelah sihat suami membawa abah dan emak untuk melihat dan meminta pendapat mereka. (Suami saya memang suka bertanyakan pendapat abah dan emak walaupun keputusan akhir dia yang akan buat. Katanya sebagai merai dan menghargai pandangan dan pengalaman mereka).
Kata emak. "Rumah ni lama lah sikit..tapi besar dan laman pun luas untuk anak-anak berlari. Anak-anak jangan dok biar main rumah orang.Biar mereka besar depan mata senang kita nak kawal".
Berpegang kata kata emak kami memaklumkan kepada jiran yang menjaga kunci dan proses jual beli pun bermula.Ketika itu saya sedang menunggu hari untuk melahirkan. Sebaik urusan jualbeli selesai kami membuat sedikit pemulihan supaya dan selesa untuk diduduki. Selepas berpantang kami pun berpindah ke rumah ini pada November 1995.
Dan pada November 2003 kami terpaksa menuggalkan rumah ini kerana dipindahkan ke Pulau Pinang. Rumah yang diberi sewa memang tidak mampu dijaga seperti milik sendiri
Akhirnya rumah ini dilepas dengan relahati kepada menantu dan anak ketiga kami pada tahun 2013.
Rasa rindu terubat bila dapat pulang bermalam sekali sekala. Meski sebuah rumah lama tapi ia sangat bermakna kerana ia lambang kegigihan suami berjimat cermat dengan satu pendapatan dan di sini juga saya berpeluang membantu mengasuh beberapa anak anak kawan kawan sambil menumpang kasih mereka. Lokasinya juga sangat strategik. Sehingga kini rumah ini tetap mendapat tempat yang istimewa di dalam hati setiap anak.
November 1995 sehingga November 2003 kami tinggal di sini. Banyak sungguh kenangan yang ada di sini. Anak -anak saya semua sudah mula bersekolah.
November 1995 sehingga November 2003 kami tinggal di sini. Banyak sungguh kenangan yang ada di sini. Anak -anak saya semua sudah mula bersekolah.
No comments:
Post a Comment