Jauh berjalan luas pandangan.
Itu simpulan bahasa yang dipelajari seawal darjah 3 pada tahun 1968. Setiap kali guru membacakan karangan saya di hadapan kelas saya pasti tunduk malu dan hati berdebar kerana pada waktu rehat nanti pasti ada suara nakal kawan-kawan yang sampai ke telinga.
"Perasan..macam dia sorang saja besa (biasa) pi Kuala Lumpur"
Saya pasti merasa sedih dan setiap kali menulis karangan saya cuba menulis biasa-biasa sahaja tetapi guru tetap memilih karanagn saya untuk dibacakan sehingga pernah pelajar darjah lima datang mencari saya di kelas kerana karangan saya dibacakan guru di kelas mereka.
Saya sering menulis pengalaman bercuti ke Kuala Lumpur kerana hampir tiap cuti penggal , arwah wan akan bawakan saya bertemu mak, bapa dan adik beradik yang lain di Kampong Baru ,Kuala Lumpur. Pasti di sana wan akan ambil peluang bawa saya dan sepupu melawat Tugu Negara, Muzium, Stadium Merdeka , Zoo dan paling jauh kami pernah dibawa ke Bandar Hilir melihat Kota A Famosa. Semua itu menjadi kenangan manis dan saya catat kembali bila guru menyuruh menyiap karangan bertajuk " Bagaimana Saya Mengisi Masa Cuti". Rupanya keseronokan mencurah semula pemerhatian, perasaan dan keterujaan melihat tempat orang itu menjadi saya seorang pemerhati dan merakam kemas dalam ingatan apa yang saya suka dan tidak suka bila berkunjung ke sesuatu destinasi dan akan dipaparkan semula.
Pergi ke "Negeri atas angin " adalah sesuatu yang saya tidak pernah jangka dan impikan. Simpulan bahasa itu juga diajar guru di darjah tiga beriring pesanan
"Kalau kamu nak pergi ke negeri atas angin kenalah belajar rajin-rajin sebab negerinya jauh dan bukan semua orang mampu membayar tambang kapal terbang atau kapal laut untuk ke sana ".
Dan guru menambah lagi cerita tentang pengorbanan rakyat Tanah Melayu yang berjaya mengumpul wang dan ibu-ibu menyerah barang kemas mereka untuk diberi kepada Tunku Abdul Rahman bagi memboleh beliau ke London untuk menuntut kemerdekaan dari Kerajaan British.
Rezeki Allah juga membolehkan sesuatu yang mustahil itu berlaku. Tiada yang mustahil bagiNya dan jika sudah tercatat rezeki maka ia tetap datang cepat atau lambat. Kunjungan pertama ke negeri atas angin kerana jodoh saya dengan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sana dan kunjungan kedua kerana meneman suami menyambung pengajian. Seterusnya kerana rezeki anak anak yang belajar dan menyaksikan Hari Graduasi mereka. Alhamdullillah.
Setiap perjalanan itu pasti ada ibrah yang dikutip dan menjadi pelajaran hidup yang perlu dikongsi agar ada kebaikan yang boleh dikutip dan ada perkara buruk yang perlu dielakkan. Saya cukup gembira bila ada yang memberi komen keinginan mereka ingin melawat tempat tersebut selepas membaca pengalaman dan melihat gambar yang dilampirkan.
Tanpa pertolongan Allah tak akan mampu kami berdua lalui perjalanan yang panjang ini. Suami dengan slip disk sdan jantungnya, dan saya pula dengan masalah lutut. Dan bila berjaya redahi semua ini demi untuk berkongsi kegembiraan anak ia adalah satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Nikmat kesihatan itu adalah nikmat terbesar yang sering kita alpa tentangnya.
Qatar Air yang memulakan perkhidmatan terus dari P.Pinang adalah pilihan terbaik. Dimana kami tak perlu ke KLIA dan menunggu penerbangan pada tengah malamnya. Dan memilih tiket melalui Expedia berjaya menjimatkan kos. Kewujudan Airbnb juga memboleh kami memilih penginapan pada harga yang mampu dan berkenalan dengan hos yang berbagai ragam.
Nikmat teknologi yang memudahkan dan sangat sangat membantu membuat perancangan. Dan terima kasih suami yang menaja tiket dan segala-galanya , juga kepada penghuni Albert Edwards, Liverpool 7 yang menawar penginapan kami, terima kasih Harith jadi tour guide dan porter boy begitu juga Ammar/Aina yang jadi hos selama kami di bumi Belanda.
Perjalanan ini adalah sesuatu yang sangat indah untuk dikenang. Meski ada sedikit kesukaran tapi kegembiraan melihat kalian bahagia sudah mampu membuat kami menarik nafas lega.
Sedar atau tidak kami sudah redahi awan dan jejaki tanah bersama :
Qatar Air : Penang-Doha-Manchester-Doha -Penang. 22,090 km /Total : 28 jam( pergi/balik)
Ryan Air: Manchester- Koln, Germany: 701km ( 1 jam 30 minit)
Amsterdam-Liverpool John Lennon : 520 km (1 jam +)
Perjalanan darat: Berbagai mode transpot yang digunakan.
Tren: Manchester Airport - Liverpool Lime Street Station bertukar di Stesen Victoria mengambil masa 3 jam.
Koln /Bonn Airport (Germany)- Koln Centraal !5 minit
Koln Hbf - Aachen Hbf -Herzogenrath -Heerlen (Netherlands): 2 jam
Heerlen- Maatchritch 15 minit
Valkenburg- Heerlen: 10 minit
Amsterdam Sloterdijk- Amsterdam Centraal- Zaanse Schans-Amsterdam Centraal- Schipol Airport anggaran masa 3 jam
Kereta:
Liverpool-Glasgow: 352.91 km melalui M6 mengambil masa 4 jam
Glasgow-Edinburg: 67 km mengambil masa 1 jam
Edinburh-Newcastle Upon Tyne : 148km mengambil masa 3 jam melalui A15
Newcastle-Liverpool: 195 km hampir 3 jam
Coach Liverpool-Manchester Airport: 50 km: 51 minit
Heerlen- Rotterdam:
Rotterdam-Amsterdam :
Liverpool- Manchester-Liverpool: 50km x2/ 2 jam pergi balik
Liverpool-Manchester Airport: 50km : 51 minit
Tram: Rotterdam
Amsterdam
(tak sempat ingat nama stesen sebab bergerak pada kad )
Bus (free ride /berbayar) : Manchester
Suluurstraat - Heerlen
Uber Di Liverpool berpeluang menaiki berbagai jenis kereta seperti Audi, Mercedes, Volksowegen, BMW, Toyota Prius, Citreon, Ford Focus.
Berjalan kaki: Lebihkurang 200,00 langkah. (Rujukan dalam Health apps.) Minima sehari 10,000 langkah (kalau di Malaysia jenuh nak dapat macam ni).
Usia dan kemampuan fizikal juga makin menghambat muga pengalaman selama 25 hari ini sempat dicatat untuk tatapan anak cucu dan rujukan sesiapa yang perlukannya.
Persiapan kewangan, fizikal dan mental perlu dilakukan terlebih awal kerana bermacam perkara yang tak dijangka bakal ditempuhi sepanjang perjalanan ini. Dan setiap satunya makin menambah kayanya pengalaman dan mematangkan cara berfikir.
Muga ada yang dapat dimanfaatkan.

No comments:
Post a Comment