Kenapa pilih nama, Kauthar? Sebab kak ngahnya dah ada nama 'Fountain of paradise' maka kita cari pula yang irap-irap tema itu. Nama Raihan pula mak lang dah chup..so terpilihlah nama yang ini.. Bila menamakan anak sudah pasti kita akan cari nama yang sedap dan makna yang indah juga. Cuma bila dah mula sekolah dah lain pulak jadinya. Nasiblah nama kak lang ni susah juga nak dipendekkan. Tak macam kakak dan kak ngahnya. Entah kenapa kalau kat Uitm ramai pula memanggilnya kak chaq. Mungkin masin atau serasi memang dah macam nak kekal panggilan kak chaq atau kakak sulung untuk keluarga lagi satu itu.
Since birthday kali ini duit keluaq macam empangan pecah nampak gayanya tak adalah hadiah yang best-best atau makan-makan macam selalu. Namun yang paling mahal dan yang sangat kak lang dambakan hari ini sudah pasti doa dan redha dari abu dan ummi untuk kak lang menempuh hidup di usia baru ini. Hari mendatang sudah pasti menjanjikan kejutan yang banyak. Adat hidup memang begitu, kecil-kecil ditimang ibu, sudah besar ditimang gelombang. Insyaallah, jika kita mengamalkan sikap ular menyusur akar tidak kan hilang bisanya ummi percaya hidup akan disenangi orang di bumi dan didoakan makhluk di langit. Pandai-pandailah membawa diri kerana tidak lama lagi ummi dan abu cuma mampu melihat dan mendengar dari jauh sahaja.Ketaatanmu kian berpaling arah. Masa untuk melepas lang pergi sudah tersangat hampir. Kita saling menghitung hari dan yang terbaik sudah pasti meningkatkan hubungan dengan Allah kerana Dia yang akan kekal dan akan sentiasa menemani kita di mana sahaja. Waktu suka dan duka, susah mahupun senang.Carilah Dia ketika kita senang agar Dia tidak meninggalkan kita ketika kita susah dan sangat perlukan kasih sayang Nya. Biasalah mengadu kepadaNya ketika manusia lena diulit mimpi agar Dia mudah meredakan kegusaran hati ketika kepala kita sarat dengan masalah.Biasa-biasakanlah dirimu.Bermulalah dari hari ini, hari umurnya beranjak.
No comments:
Post a Comment