Wah! sekali sekala membawa kanak-kanak tadika melawat taman burung memang seronok. Mereka yang biasa ke sana ke sini dengan kereta, MPV dan naik kapal terbang bersama keluarga sudah pasti merasa sangat seronok dapat menaiki bas sekolah yang panjang dan besar. Sepanjang jalan mulut mereka berkicau menunjuk itu dan ini walaupun taman burung itu hanya terletak di Seberang Jaya.
Sudah berhari-hari guru mempromo agar anak-anak tdiak ketinggalan mendaftar diri untuk ikut serta dalam lawatan ini. Berbagai pengalama menarik akan dirasai bila bersama kawan-kawan dan guru-guru. Persiapan makan minum telah dibuat dua hari lepas.Belajar tidak semestinya dalam lingkungan kelas sahaja. Mata , telinga dan segala pancaindera perlu dibuka luas baru kita dapat menikmati alam ciptaan Allah.
Kita banyak berbicara sehingga kita jarang memberi peluang untuk pancaincera yang lain berfungsi sepenuhnya. Bunyi kicauan burung bersahut-sahutan bagaikan menyapa kami datang. Burung yang beranika warna menambah meriah dan cerianya suasana pagi yang redup dan nyaman. Alhamdulillah, hujan tidak turun pagi ini.Jika tidak sudah pasti burung-burung akan bersembunyi dan leka di sarang masing-masing.
Taman yang memiliki 300 species burung-burung terletak di antara kilang dan bangunan tinggi. Mungkin satu masa dulu tempat itu begitu tenang dan nyaman tetapi kini pencemaran bunyi ,bau dan udara sudah menganggu habitat di sini.. Peluang memegang dan melihat burung dari dekat sudah pasti akan menjadi kenangan ynag kekal diingatan untuk satu tempoh masa yang lama. Guru-guru pula sudah pasti riuh melarang mereka yang terlalu adventurous. Maklumlah burung-burung itu nampaknya macam jinak tetapi bila diganggu ia boleh juga bertindak ganas.
Sayangnya burung merak yang diharap dapat mengembangkan ekornya hanya akan berbuat demikian pada bulan 6 dan 7 sahaja. Sekali sekala keluar dari bilik darjah mampu membuka deria anak-anak. Mereka yang hanya kenal burung dari kaca TV hari ini dapat melihat dan mengenal berbagai
sepecies burung yang ada di Malaysia dan yang diimpot dari luar negara juga.
Setiba di rumah saya terpukau melihat bunga saya sudah kembang menyala. Pokok ini saya perhatikan hanya berbunga setahun sekali sahaja. Benihnya saya pungut dari rumah emak ketika banjir 2-3 tahun lalu. Meskipun tidak berbau tetapi warnanya yang merah menyala berjaya menceriakan hari yang panas terik dan kaki yang sudah penat berjalan.
1 comment:
nnti bln 6 kita bw pran pg lak ehhh
Post a Comment