Di  tahun 2014 di Mana Bumi yang KuPijak ?
Setengah  kedua tahun 2014 merupakan fasa yang
sangat  sibuk. Bermula dengan perjalanan
ke United Kingdom bagi  menghadiri
graduasi anak ke lima. Kami juga berkesempatan menjejaki tempat lama yang
menyimpan sejarah hidup kami ketika memulakan hidup berumahtangga  di  awal
tahun 80an. 
| Begitu lama menunggu untuk melihat bang cik mencapai tahap ini. Alhamdulillah. | 
Kembali ke tanahair ketika umat Islam sedang
bergelut di fasa akhir Ramadan memburu laililatul qadar. Sedang kami pula bergelut
melawan rasa mengantuk kerana jet- lag yang masih bersisa.  Syawal  tiba dengan 
banyak  undangan majlis keraian
juga menjadi kami perlu bijak mengatur jadual untuk berpuasa sunat Syawal yang
sangat dituntut itu. 
Dalam kekalutan itu kami  dapat meluang masa ke Kelantan
untuk bertemu Balqis yang akan pulang bersama ibunya dari Korea. Hari kedua di sana kami perlu melakukan satu
perjalanan  yang panjang dan
tergesa-gesa.  Dari   Kota
Bharu ke Kuala Lumpur dan pulang semula ke Kepala Batas dalam masa tiga hari. Tidak sempat bertemu Balqis kami memutuskan ke KL untuk menghantar mereka pulang. Di hari yang sama Jamuan Hari Raya Masjid At Taqwa juga akan diadakan. Apakan daya bukan rezeki. 
Diikuti
pula bulan Zulhijjah dengan ibadah korbannya. Kami masih mengira-ngira mahu
berkoi rban di mana. Tanah air atau di negara luar?
Dan tibalah masa  untuk memberi fokus pada perjalanan  yang akan dilakukan tidak sampai dua minggu  dari tarikh itu.
Suami ke hospital Seberang Jaya mendapatkan bekalan
ubat-ubatannya.  Menelefon  bank  untuk memaklumkan tentang penggunaan kad
kredit di luar negara. Ketika kami  bersiap-siap
ke sana kejadian pemindahan wang berjuta –juta ringgit sedang berlaku.Kami
sedikit risau kerana ada sedikit duit simpanan yang tersimpan dan sudah pasti
kesibukan nanti membuat kami tak mampu  meneliti  urusniaga akaun setiap hari. 
Urusan penukaran ke Korean Won diurus anak di Korea.
Kami cuma memasukkan duit ke akaunnya. Ketika itu tukaran  RM3.12=1000Korean won. Nilai barangan di Korea
Selatan serendah 500 won= RM1.06 .Harga sebotol air mineral biasanya
berharga  KW 1500= RM4. Memang agak
tinggi tetapi petua untuk membeli barangan  di luar negara jangan sesekali ditukarkan  ke 
nilai wang Malaysia. Pastinya anda 
tak sanggup membeli apa-apa kerana jika dibandingkan di negara kita
memang agak tinggi dan mahal. 
Berpeganglah dengan kata-kata ini :
“jika mampu
membeli tiket kapalterbang sudah pasti kita juga bersedia untuk membayar apa
sahaja yang ditawarkan dan apa yang kita perlukan atau inginkan.Itulah harga
sebuah pengembaraan”.
| Menjadi tamu Tune Hotel kerana penerbangan di awal pagi. | 



