Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Tuesday, April 20, 2010
Spring Clean
Isy.!!..bersepahnya bilik. Hm..kalau dapat masuk Casa Impian dan dapat dimake over rumah oleh Eric Leong memang bertuahnya rasanya. Impian memanglah begitu....tetapi realitinya belum tentu. Kata orang waktu nak membuang barang bila berpindah ke rumah baru. Padanlah orang tua-tua selalu berkata tujuh kali pindah papa. Manakan tidak setiap kali pindah sudah pasti barang yang rosak dan patut dibuang akan dibuang tetapi bila pindah ke rumah baru terpaksa dibeli pulak untuk kegunaan harian.Batu yang selalu bergolek susah mengumpul lumut.
Saya memang sedang mengemas. Cuma semakin dikemas macam tak luak-luak juga isi rumah ini. Stor semakin sempit sampaikan nak melangkah masuk pun dah tak muat. Puas sudah membaca segala macam tips dari buku, majalah dan internet cara-cara mengemas. Namun tips tetap tinggal tips. Sediakan tiga kotak. satu untuk dibuang, satu disimpan dan satu didermakan. Malangnya bila di hujung hari isi kotak berlabel untuk disimpan lebih banyak dari yang hendak dibuang.
Saban tahun anak-anak yang tamat pengajian akan membawa balik segala macam buku, nota dsbnya.Maka rumah ini akan jadi tempat transit sebelum mereka ada rumah sendiri. Bila sudah berumahtangga saya akan sarankan mereka membawa barang-barang pribadi mereka bersama. Sekurang-kurangnya dapat memberi ruang untuk ahli keluarga yang semakin bertambah.
Suami selalu saja berkata"Pejam mata dan buang sahaja". Malangnya saya tidak dapat berkerja dengan mata tertutup jadi akhirnya walhasal balik hasillah jawabnya. Batas waktu makin mendekat sedangkan saya masih begini begini jugak. Bila langkah mahu bermula? Soalan yang susah dicari jawapannya kerana bila hujung minggu ada-ada sahaja agenda yang tidak dirancang. Nampak gayanya saya kena banyak menonton Nanny 911 untuk belajar mencari jawapan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kalau tengok Nanny 911, nak tackle anak2 nakal boleh la. Kalau dapat tips pula terus kena apply, buang je jangan tak buang mana yg tak perlu lg. majallah, buku rujukan, paper dll. Hehehe
kadang kala bila tgk majalah rumah org kemas ja macam tak ada apa2..tapi kat rumah sendiri macam-macam ada... bila nak buang rasa sayang.. tu yg makin bertambah..
Post a Comment