Malam ini insyaalllah saya sudah berjanji dengan kawan-kawan untuk bersama mereka hadir dalam satu majlis ilmu. Esok pula sudah berjanji membantu di bengkel pembangunan guru sekolah KAFA di qaryah saya. Sepatutnya kami bermalam di sana. tetapi anak saya pula bersekolah ganti. Awal pagi Ahad pula saya ada mesyuarat agong yang tak dapat tidak mesti disertai maka diputuskan kami pergi dan balik hari sahaja. Rugi juga sebab malamnya ada tazkirah khas dari imam masjid qaryah dan ada BBQ. Kalau di situ ikan dan makanan laut memang segar-segar. Maklumlah dekat dengan laut. Tapi jika ingin berada dalam semua majlis memang kena macam tu. Touch and go.
Seronok juga bila sibuk begini. Jadi otak kita sentiasa bekerja.Memikir , merancang dan mencari jalan melaksanakan sesuatu keputusan. Didoakan agar hari panas dan terang benderang sewaktu perjalanan nanti. Maklumlah sejak akhir-akhir ini cuaca sering tidak menentu. Ribut juga kerap berlaku. Fenomena alam kata orang tapi itulah sunnatullah, Tiap yang terjadi untuk menjadi iktibar kepada manusia. Bercakap tentang alam saya tiba-tiba teringat satu lagu dari Maher Zain. Dia yang hangat bersiaran di merata stesen TV di Malaysia seminggu dua ini.
Sempena showcase Maher Zain malam ni, jom kita dengar dan hayati lirik lagunya. Semuga objektif penganjur membawanya ke sini akan tercapai. Dan Raudatus Sakinah juga akan dapat sejumlah dana untuk terus menyelamatkan jiwa-jiwa. Cuma saya ingin berpesan kepada anak-anak saya di luar sana. Jagalah adab dan akhlaq ketika di konsert tersebut. Banyak sudah saya mendengar komen yang tak enak tentang akhlaq muslimah ketika bertemu penyanyi itu. Kita suka dia kerana lagu-lagunya yang mengajak kita mendekati diri kepada Allah atau kita suka orangnya...Baik-baik dan berhati-hati kerana menjadikan seseorang sebagai idola memang tidak dibenarkan Islam. Selamat meneruskan hidup dan sentiasa berusaha menjadikan setiap detik hidup kita sentiasa dirahmati Allah. .
No comments:
Post a Comment