Thursday, October 21, 2010

Tugas Siapa?


Hai apalah nak jadi sekarang ni, Bergaduh sikit saja terus sampai berbunuh-bunuh.Yang terkini semalam adik beradik bergaduh sampai  rumah dibakar. Betullah kata orang tua-tua marahkan nyamok kelambu dibakar. Tempat kejadian dekat sangat dengan kampong saya di Alor Setar. Tak tahulah samada orang tu sakit mental atau kerana pengaroh dadah. Dunia sudah makin tak selamat. Apakah  kita ni makin jauh dari rahmat Allah?

Kata arwah wan, sebelum ada dadah orang akan menghisap candu.Lepas tu ganja pula. Kerana candu sampai jadi perang candu di China. Di Tanah Melayu candu dibawa ketika zaman bijih timah tengah mewah. Mungkin dibawa masuk oleh  puak Hai San dan Ghee Hin ketika itu.  Apa yang terjadi satu masa dulu memang tak jauh bedanya. Cuma zaman dan masa sudah berubah jadi methodnya pun turut berubah. yang pasti kesan dan akibatnya tetap serupa. Suami isteri boleh bercerai berai, anak pula boleh menjadi durhaka dan macam-macam lagi gejala sosial. Apa yang Allah larang tu yang suka sangat didekati.Data terkini di Malaysia ada 817,000 pengidap HIV.Ramai tu...kalau tenaga ini disalur pada  perkara yang berguna tentulah bukan mainlah maju dan makmurnya negara kita. Saban tahun  bajet kita habis untuk mengubati pesakit-pesakit ini. Kenapa kita tak mengambil pendekatan Islam. Cegah sebelum terjadi. Tugas siapa tu?

2 comments:

Ariff Budiman said...

Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka yang berjuang menegakkan syariah islam. Kita berada di akhir zaman. Manusia tidak merasa takut akan Allah.

Insan Marhaen said...

tugas khalifah di muka bumi...