Abah masih lagi wad. Walau kami berura-ura membawa abah pulang tetapi kondisi abah tidak memungkinkan abah segera pulang ke rumah. Ke mana selepas keluar wad? Itu persoalan besar yang sukar diberi jawapan segera. Kalau mak/abah ke Kulim mudah Dr AAA memantau kesihatan abah. Kalau pulang ke TTG siapa pula yang akan membantu mak mengurus abah. Pening juga memikirkan. Sehingga hari ini abah masih di rawat di HSBAS dan mak setia berulang-alik menjaga abah. Mujur juga ada anak saudara yang sedang menunggu SPM menemani mak .Jika tidak sukar juga mak .Maklumlah bukan semua orang berani menaiki lif bersendirian, atau mencari surau atau mencari makan di cafe. Dalam keadaan begini alhamdulillah kami masih dapat berbincang dan mengatur jadual. Esok adik ipar saya akan ke HUSM membawa isterinya untuk rutin check up kerana tumur di dalam kepala. Tempatnya akan diganti oleh seorang lagi adik ipar yang telah pun tiba dari KL petang tadi.Saya sudah melepaskan tanggungjawab kerana perlu memberi tumpuan kepada Abu pula.
Masuk kali ini sudah beberapa kali saya berkongsi rasa takut, cuak dan bimbangnya. Sebelum saya pulang dia sempat berpesan "Jika saya tak balik, ampun dan maafkan segala kesalahan saya.Jaga anak-anak elok-elok" Saya hanya menganggok. Saya ingin menangis di bahunya tetapi di masa yang sama saya tak mahu dia melihat saya lemah dan bersedih. Oh! saya ingin dia melihat saya seorang isteri yang kuat, yang cekal, yang tabah dan mampu melakukan banyak perkara tanpa memerlu bantuannya 100%. Di dalam hati hanya Allah yang tahu betapa saya sangat-sangat memerlukan sokongan dan bantuan untuk terus berdiri dan berdiri. Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang sangat-sangat lemah. Ku gantung harapan hanya kepadaMu.Saya kian sebak bila suami menitip pesanan kepada bang cik sebelum laptop kehabisan bateri dan wajah bang cik padam dari skrin .
Ketika mengatur langkah ke kereta saya bertembung dengan ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang sedang berjalan lemah dan longlai. Ada yang berkereta sorong sambil meriba bayi mongel dan ada yang sedang berkerut wajah menahan sakit kerana proses kelahiran sudah bermula. Terlayang seketika ingatan ke AS. Dimana Alang, anak ketiga saya sedang menghitung hari untuk memasuki Bilik Bersalin. Tarikah jangkanya 8hb lalu. Mujurlah mertuanya tinggal tidak jauh dari rumahnya jadi saya tidaklah bimbang sangat bila dia sudah bersalin nanti. Sejak abah masuk hospital rumah alang menjadi tempat singgahan ahli keluarga . Setiap kali ke sana ada-ada saja kelengkapan tidur yang saya bawa dari rumah.Maklumlah selama ini mereka hanya tinggal berdua tentulah tidak perlu banyak barang. Lagipun mereka baru belajar hidup sendiri tentu perlukan masa untuk melengkapkan rumah. Kedudukan rumah mereka hanya beberapa Km sahaja dari HSBAS. Mudah untuk mak berulangalik. Sebagai ibu saya tidak lupa menitipkan doa untuknya. Saya tahu tidak ada ibu yang tidak cuak, bimbang dan takut untuk melahirkan. Jika diberi pilihan tentu tidak ada siapa yang ingin merasa sakit tetapi Allah sudah berjanji memberi pahala dan mengampunkan dosa bila kita bersabar dan reda dengan ujianNya. Sakit adalah satu cara untuk Allah mendidik jiwa-jiwa kita. Reda dan sabar serta mengakui betapa kerdil dan tak terdayanya kita tanpa rahmat dan kasihan belasNya.
April sudah menjadi bulan melawat hospital kata anak-anak saya. Walaupun bulan ini ramai juga ahli keluarga saya yang ternanti-nanti hari ulang tahun kelahiran mereka. . Hari ini sudah 10 hari lebih kami berkampong di hospital . Jadual harian juga sudah berubah. Masing-masing berusaha kerasa mengatur jadual agar dapat mencurah bakti kepada abah dan mak. Kebetulan pula bibik mak pulang ke kampong lamannya di tanah seberang. Mujurlah ada teknologi yang membantu kami saling berhubung dan memuat turun info terkini. Dalam saat -saat begini sokongan moral dan doa dari keluarga, jiran dan sahabat jauh dan dekat membantu meredakan hati-hati yang walang. Jazakallah kepada jiran-jiran dan kawan rakan yang telah mengadakan majlis bacaan Yassin untuk kesejahteraan dan keselamatan kami. Juga kepada mereka yang tidak pernah lupa menelefon dan berSMS saban hari bertanya kabar. Memang sungguh nikmat kesihatan itu sangat besar nilainya. Manusia sanggup membayar mahal untuk sihat walaupun adakalanya duit tidak mampu membeli kesihatan. Selagi diberi nafas insyaallah kita akan terus berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal. Hak menyembuh itu sudah pasti hakNya jua. Kita ini hanyalah barang pinjaman. Tiba masanya tetap akan diambil kembali.
Abu (suami saya) pula malam ini sedang bersendirian di HSJ. Menghitung detik waktu untuk menjalani pembedahan membuang pundi hempedunya. Kata doktor-doktor yang merawatnya ini hanyalah pembedahan kecil. Pertang tadi ketika saya bersama anak-anak di wad suami pakar bius datang .Dan menerang panjang lebar tentang apa yang akan dilakukan esok. Mujur saya memahami bahasa Inggeris jadi saya mendengar penuh teliti apa yang diterangkan. Bang cik yang kebetulan sedang berskype turut mendengar."Cuak giler" komennya sebaik pakar tadi selesai berkata-kata dan berlalu pergi. Adik-adiknya terdiam Suasana tiba-tiba menjadi hening. Tiada perkataan yang mampu dilapazkan.
"Macamana?" suami saya memecah kesepian.Setelah lama mengatur ayat saya akhirnya bersuara.
"Kita memang tak ada pilihan, kalau dibiarkan mungkin keadaan menjadi bertambah serius dan abu yang sangat--sangat patut kuat semangat. Dengan sokongan medical, doa dan moral support dari semua insyaallah semuga berjaya" kata saya sambil menyeka airmata yang membasahi pipi.
Bila sorang lagi cucu akan lahir?
Ketika mengatur langkah ke kereta saya bertembung dengan ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang sedang berjalan lemah dan longlai. Ada yang berkereta sorong sambil meriba bayi mongel dan ada yang sedang berkerut wajah menahan sakit kerana proses kelahiran sudah bermula. Terlayang seketika ingatan ke AS. Dimana Alang, anak ketiga saya sedang menghitung hari untuk memasuki Bilik Bersalin. Tarikah jangkanya 8hb lalu. Mujurlah mertuanya tinggal tidak jauh dari rumahnya jadi saya tidaklah bimbang sangat bila dia sudah bersalin nanti. Sejak abah masuk hospital rumah alang menjadi tempat singgahan ahli keluarga . Setiap kali ke sana ada-ada saja kelengkapan tidur yang saya bawa dari rumah.Maklumlah selama ini mereka hanya tinggal berdua tentulah tidak perlu banyak barang. Lagipun mereka baru belajar hidup sendiri tentu perlukan masa untuk melengkapkan rumah. Kedudukan rumah mereka hanya beberapa Km sahaja dari HSBAS. Mudah untuk mak berulangalik. Sebagai ibu saya tidak lupa menitipkan doa untuknya. Saya tahu tidak ada ibu yang tidak cuak, bimbang dan takut untuk melahirkan. Jika diberi pilihan tentu tidak ada siapa yang ingin merasa sakit tetapi Allah sudah berjanji memberi pahala dan mengampunkan dosa bila kita bersabar dan reda dengan ujianNya. Sakit adalah satu cara untuk Allah mendidik jiwa-jiwa kita. Reda dan sabar serta mengakui betapa kerdil dan tak terdayanya kita tanpa rahmat dan kasihan belasNya.
April sudah menjadi bulan melawat hospital kata anak-anak saya. Walaupun bulan ini ramai juga ahli keluarga saya yang ternanti-nanti hari ulang tahun kelahiran mereka. . Hari ini sudah 10 hari lebih kami berkampong di hospital . Jadual harian juga sudah berubah. Masing-masing berusaha kerasa mengatur jadual agar dapat mencurah bakti kepada abah dan mak. Kebetulan pula bibik mak pulang ke kampong lamannya di tanah seberang. Mujurlah ada teknologi yang membantu kami saling berhubung dan memuat turun info terkini. Dalam saat -saat begini sokongan moral dan doa dari keluarga, jiran dan sahabat jauh dan dekat membantu meredakan hati-hati yang walang. Jazakallah kepada jiran-jiran dan kawan rakan yang telah mengadakan majlis bacaan Yassin untuk kesejahteraan dan keselamatan kami. Juga kepada mereka yang tidak pernah lupa menelefon dan berSMS saban hari bertanya kabar. Memang sungguh nikmat kesihatan itu sangat besar nilainya. Manusia sanggup membayar mahal untuk sihat walaupun adakalanya duit tidak mampu membeli kesihatan. Selagi diberi nafas insyaallah kita akan terus berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal. Hak menyembuh itu sudah pasti hakNya jua. Kita ini hanyalah barang pinjaman. Tiba masanya tetap akan diambil kembali.
1 comment:
Be strong, Umi. InshaAllah, Allah would always be with abu&umi..
Post a Comment