Ibadat perlu dilakukan dengan ilmu. Jika kita sekadar mengikut-ngikut sudah pasti banyak yang tidak sempurana . Takut-takut penat beribadah tetapi tak diterima Allah. Ketika waktu solat insya, memaang seronok melihat ruang solat muslimin dan muslimat dipenuhi hingga sesak. Namun yang akan menyedihkan kerana para jemaah tidak melakukan perkara yang asas contohnya:
Tidak membetulkan saf. Bahu dan bahu mesti bertemu
Tidak merapatkan saf dan memberi ruang syaitan menyusup di antara kita.
Saf pula berselang-seli dengan anak-anak kecil. Maka saf akan terputus. Biarlah anak-anak di belakang. Atau takut anak hilang kita kenalah bersolat di hujung saf supaya anak kita duduk ditepi kita.
Muslimah pula bila bersujud tidak memastikan dahi terbuka. Telekung terlalu sempit hingga menutup dahi.
Dagu juga mesti ditutup. Tarikkan kain kecil atau kikik hingga menutupi dagu.
Anak-anak yang masih memakai lampin juga dibiar berlari dan bermain dicelah orang bersolat. Bukan menahan para ibu dari bersolat jamaah tetapi jika kita tidak mampu mengawal anak-anak kita dan menjejaskan solat orang lain rasanya bersolat di rumah lebih baik lagi.
Bertahun-tahun juga saya solat tarawih bersendirian di rumah kerana suami tidak membenarkan anak-anak kami yang belum mengerti atau tidak faham tidak boleh ganggu orang solat ke masjid. Dimana kita bersolat bukan soalnya kerana sudah pasti sempena bulan barakah ini kita pasti ingin mengutip sebanyak mungkin pahala. Jadi untuk menjadikan ibadat kita sempurna dan diterima Allah rajin-rajinlah mencari masa untuk belajar ilmu-ilmu agama. Biarlah apa yang kita lakukan menjadi ibadat dan jika setakat ikut-ikutan maka jadilah adat semata-mata. Orang buat kita pun nak buat. Masa tetap 24 jam dan kita yang harus pandai mengendali dan mengagihkannya. Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
No comments:
Post a Comment