Hampir seminggu berpuasa hujung minggu baru dapat pulang berbuka dengan mak. Kasihan mak.Pertama kali berpuasa tanpa abah. Jika dulu mak begitu bersemangat memikir apa menu untuk berbuka, tapi kali ini mak menyerah kepada budibicara anak, menantu dan cucu-cucu. Semalam kami berbuka dengan nasi arab (pak cik Bad).Ditokok tambah dengan cendol Pantai Johor, gulai daging rias pisang Bertam, caramel Taman Uda, peknga mak tok Titi Gajah, jus amra Taman Uda, cincau Taman Uda, Fruit cocktail Taman Rakyat dan teh citrus Korea. Nampak macam banyak tapi selesai berbuka, maka selesai semuanya. Tinggal muka pinggan saja. Bertoran-toran pinggan mangkok mahu dibasuh. Masa untuk bertarawih sudah hampir, terpaksa bertangguh membasuh. Selesai berdiri di belakang imam kita berdiri di depan sinki pulak. Itulah pesan kepada orang yang tidak ke masjid. Daa...kami pamit dulu!!!
Ahli rumah makin bertambah. Dulu saban tahun menerima menantu sekarang masa menyambut cucu menantu pulak. Maklumlah cucu-cucu mak tok sudah ramai yang habis belajar dan akan tamat belajar.Jadi sudah pasti sudah mula diusyar orang atau mengusyar orang. Siapa yang bakal menjadi raja sehari sentiasa saja menjadi bahan usikan. Tambah pula jika sudah pandai memasak itu dan ini.Lagi kuat kena sakat. Terkenang dua tahun lepas ketika cucu-cucu membantu mak tok membalut ketupat palas. Siapa yang masih ingat dialog ini :
"Haa..ni dah pandai balut ketupat tahun depan boleh dah pi dok Kola Nerang (Kuala Nerang)
"Isy..tak mau la Kola Nerang , Jauh sangat!"
Masin mulut mak tok sebaik lepas raya ada orang datang merisik cucu mak tok yang dah 'pass' membalut ketupat tu. Cuma tak lah sampai ke Kuala Nerang . Dekat saja orang seberang jalan lebih tepat taman sebelah jalan saja.
Sejak dulu dapur mak menjadi tempat yang sungguh istimewa. Dan dapur mak juga sudah mengalami perubahan yang intensif. Dulu kecil saja dapur mak Tapi kini sudah besar tapi masih belum cukup menampung semua ahli keluarga duduk makan bersama. Waktu berbuka semua orang makan serentak jadi kena pandai-pandai cari port masing-masing.Di dapur adalah tempat paling santai untuk berbual. Sambil bekerja sambil bergurau. Jika perkara yang serius dibualkan perlahan sahaja bunyinya, tapi kalau sembang kosong memang gamat .Macam-macam topik yang keluar. Hal keluarga, hal negara , hal teknologi malah hal dunia semua dibicarakan di sini. Di dapur ini juga anak ,menantu dan cucu belajar bekerja. Secara hands on mak tok akan menunjuk ajar memotong, mengupas dan mengadun segala bahan untuk dijadikan menu enak. Bertahun -tahun di negara orang tidak pernah melunturkan rasa rindu masing-masing pada air tangan mak (mak tok). Beratus hatta beribu kilometer sanggup ditempuh untuk sama -sama merai lebaran jika rezeki mengizinkan.Siapa yang tidak rindukan ketupat palas dan sambal ayam mak tok. Uh....resepi sudah disalin tapi bila membuatnya kenapa tidak sedap macam mak tok buat.Itu komen cucu-cucu. Manakan tidak mak tok memasak dengan sepenuh hati ingin menghasilkan yang terbaik. Anak cucu pula memasak dengan hambatan masa dan kekangan waktu.
Dua minggu lepas kami belajar mengenal perut masam, tangkai nyiru, perut panjang, siar,kelempong, kitab. Apa tu??? Itu bahagian dalam organ lembu. Bila melihat banyak rebung berlebih timbullah idea menyuruh mak memasak gulai rebung perut masam. Siapa yang biasa memakannya pasti akan ingat dan bagai tercium-cium baunya di tangan.Mujur Zaharan rajin mencari bahan tersebut. dan tengahari itu terhasillah menu eksotik itu. Ditambah pula dengan ikan temenung bakar. Hmmm...memang tak sunnah sungguh makan hari tuuu..Kenyang sampai tak ingat.
Seperti biasa mak hanya makan sedikit. Sebagai ibu saya mengerti apa yang mak rasai. Terpamir di matanya rasa puas melihat air tangannya dinikmati hingga menjilat jari.Kelebihan hidup di kampong. Mudah saja mencari di belakang atau di tepi rumah. Di belakang rumah mak sudah ada kebun kecil. Jika mahu cili padi petiklah sebanyak mana yang mahu, begitu juga jika kepingin kerabu mengkudu, jika ingin makan peknga kait sahaja kelapa di tepi cucur atap. Bila musim mempelam puas anak cucu meratah kerabu pelam dan jeruk mangga. Bila musim buah pula rambutan gugur ke tanah tak termakan, begitu juga dokong dan manggis. Keladi juga banyak di belakang cuma tidak ada orang yang rajin mencabutnya. Masing-masing lebih suka mencari sayur keladi Pumpong. Jika ingin nasi ulam petik saja pucuk-pucuk muda di tepi-tepi pagar.Oh..nasi ulam kegemaran arwah abah.
Senarainya makin panjang dan setiap kali raya ingatan-ingatan begini yang menarik anak cucu mak balik beraya di kampong. Sanggup meredah Banjaran Titiwangsa, berpanas bila Lebuhraya PLUS sesak teruk berjam-jam, berbaris panjang untuk ke tandas di R&R. Semua ini diharungi kerana hubungan kekeluargaan itu masih kuat.Dan mak tok masih ada menjadi tonggak keluarga.
Tahun ini saya tidak pasti pulak siapa yang akan beraya dengan mak. Mak sentiasa membuka pintu rumahnya. Cuma anak-anak yang perlu mengatur jadual siapa yang akan bermalam dengan mak. Ruang rumah masih muat menampung anak cucu yang balik tetapi kerana masing-masing sudah menginjak dewasa sudah pasti aurat dan batas pergaulan perlu dijaga.
Saya kini sudah belajar menyerah tanggungjawab di dapur kepada anak-anak. Jika dulu menjadi aprentis mak sekarang giliran mak-mak saudara menjadi sifu pulak. Master chef walaupun sudah jarang memegang sudip dan senduk tetapi tetap dirujuk bila ada kemusykilan bab-bab di dapur.
Mak tok:"Kalau mak tok tak dak hampa pakai tak payah makan ka?"(Kalau mak tok tak ada kau orang tak payah makan sebab tak tau masak).
Cucu-cucu : "Pasai mak tok ada tu kami tanya, kalau mak tok tak dak..hentam sajaa lah."
Mak tok : "Mak tok masak mana ada sukatan. Agak-agak sahaja."
Cucu-cucu: " Tapi sebab dah biasa agak, sedap saja jadinya.Maklumlah mak tok kan lebih dulu makan garam. Kami ni kan budak masih belajar, kalau salah maktok tunjukkan.
mak to: "Pandailah hampa nak jek (ampu) mak tok"
Manusia datang dan pergi. Jika dibiarkan segala khazanah lama tidak direkodkan pasti satu hari nanti anak cucu kita sudah tidak kenal cucuq kodok. Bukan menolak yang baru tapi perlu dipelihara budaya dan jati diri. Bangsa itu bukankah dikenal melalui bahasa dan makanannya.Dari makanan yang dihasilkan kita melihat keperibadian bangsa yang mengutamakan yang seni dan halus. Kuih muih yang comel dan kecil memperlihatkan kesabaran dan ketekunan.Usah tunggu masa meluputkan segala yang indah-indah ini dari kaca mata kita.
Ruang dapur mak menjadi medan interaksi Ini belum berkumpul semua keluarga .Baru dua keluarga termasuk extended family (kak lang ,Zaharan dan baby Haziq). Kalau semua orang balik memang dah tak muat ruang tengah tu. Mak tok suka-suka saja menyuruh 'Ammar dan Syamil mengetuk dinding tempat letak akuarium ikan. Agar lapang dan luas. Tapi kalau tetamu datang dah tak ada privasi nak lepak-lepak, terlentang menonton perlawanan bola. Itu cuma acah mak tok saja. Bila ada yang mencadangkan tambah ruang rumah, apa kata mak tok ."Haa...tak payahlah..rumah besar nak buat apa. mak tok pun dah nak mati dah".Oh...itu betul-betul mengulang kata-kata arwah abah setiap kali mak tok mengajaknya membesarkan rumah. |
teguh berdiri menongkah zaman |
Ahli rumah makin bertambah. Dulu saban tahun menerima menantu sekarang masa menyambut cucu menantu pulak. Maklumlah cucu-cucu mak tok sudah ramai yang habis belajar dan akan tamat belajar.Jadi sudah pasti sudah mula diusyar orang atau mengusyar orang. Siapa yang bakal menjadi raja sehari sentiasa saja menjadi bahan usikan. Tambah pula jika sudah pandai memasak itu dan ini.Lagi kuat kena sakat. Terkenang dua tahun lepas ketika cucu-cucu membantu mak tok membalut ketupat palas. Siapa yang masih ingat dialog ini :
"Haa..ni dah pandai balut ketupat tahun depan boleh dah pi dok Kola Nerang (Kuala Nerang)
"Isy..tak mau la Kola Nerang , Jauh sangat!"
Masin mulut mak tok sebaik lepas raya ada orang datang merisik cucu mak tok yang dah 'pass' membalut ketupat tu. Cuma tak lah sampai ke Kuala Nerang . Dekat saja orang seberang jalan lebih tepat taman sebelah jalan saja.
Cucu -cucu sudah ada yang hampir tamat studi |
Dua minggu lepas kami belajar mengenal perut masam, tangkai nyiru, perut panjang, siar,kelempong, kitab. Apa tu??? Itu bahagian dalam organ lembu. Bila melihat banyak rebung berlebih timbullah idea menyuruh mak memasak gulai rebung perut masam. Siapa yang biasa memakannya pasti akan ingat dan bagai tercium-cium baunya di tangan.Mujur Zaharan rajin mencari bahan tersebut. dan tengahari itu terhasillah menu eksotik itu. Ditambah pula dengan ikan temenung bakar. Hmmm...memang tak sunnah sungguh makan hari tuuu..Kenyang sampai tak ingat.
Sabar menunggu waktu berbuka |
Senarainya makin panjang dan setiap kali raya ingatan-ingatan begini yang menarik anak cucu mak balik beraya di kampong. Sanggup meredah Banjaran Titiwangsa, berpanas bila Lebuhraya PLUS sesak teruk berjam-jam, berbaris panjang untuk ke tandas di R&R. Semua ini diharungi kerana hubungan kekeluargaan itu masih kuat.Dan mak tok masih ada menjadi tonggak keluarga.
Tahun ini saya tidak pasti pulak siapa yang akan beraya dengan mak. Mak sentiasa membuka pintu rumahnya. Cuma anak-anak yang perlu mengatur jadual siapa yang akan bermalam dengan mak. Ruang rumah masih muat menampung anak cucu yang balik tetapi kerana masing-masing sudah menginjak dewasa sudah pasti aurat dan batas pergaulan perlu dijaga.
Saya kini sudah belajar menyerah tanggungjawab di dapur kepada anak-anak. Jika dulu menjadi aprentis mak sekarang giliran mak-mak saudara menjadi sifu pulak. Master chef walaupun sudah jarang memegang sudip dan senduk tetapi tetap dirujuk bila ada kemusykilan bab-bab di dapur.
sebahagian cucu-cucu mak tok |
Cucu-cucu : "Pasai mak tok ada tu kami tanya, kalau mak tok tak dak..hentam sajaa lah."
Mak tok : "Mak tok masak mana ada sukatan. Agak-agak sahaja."
Cucu-cucu: " Tapi sebab dah biasa agak, sedap saja jadinya.Maklumlah mak tok kan lebih dulu makan garam. Kami ni kan budak masih belajar, kalau salah maktok tunjukkan.
mak to: "Pandailah hampa nak jek (ampu) mak tok"
Manusia datang dan pergi. Jika dibiarkan segala khazanah lama tidak direkodkan pasti satu hari nanti anak cucu kita sudah tidak kenal cucuq kodok. Bukan menolak yang baru tapi perlu dipelihara budaya dan jati diri. Bangsa itu bukankah dikenal melalui bahasa dan makanannya.Dari makanan yang dihasilkan kita melihat keperibadian bangsa yang mengutamakan yang seni dan halus. Kuih muih yang comel dan kecil memperlihatkan kesabaran dan ketekunan.Usah tunggu masa meluputkan segala yang indah-indah ini dari kaca mata kita.
No comments:
Post a Comment