Semalam menemani jiran mencari barang di pasar raya. Kuih raya sudah mula dijual. Alahai...puasa pun belum satu minggu.kata jiran saya. Hmmm...biasalah kita kat Malaysia ni kalau bab raya memang mengalahkan tempat lain. Sebulan puasa mesti mau raya pun sebulan juga. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu berita. Mentega Golden Churn tak halal? Oh....nampak gayanya pembuat kek lapis sarawak akan rugi besar. Tentu mereka sudah membeli berkilo-kilo mentega tersebut bagi menampong permintaan menjelang lebaran nanti.
mujurlah tak pernah teringin nak beli mentega ini
Betulkah Golden Churn ni bahan utama dalam buatan kek lapis Sarawak? Adakah semua pengusaha kek lapis Sarawak guna Golden Churn Creamery Butter untuk buat kek lapis Sarawak? Jika ya, maknanya, kami sekeluarga ada pernah termakan juga kek ni. Oh no! Patutlah bila berdoa lambat dimakbulkan Allah. Kalau ya apa lagi yang dapat dibuat selain berdoa memohon ampunan dari Allah. Kita tidak tahu cuma bila dah tahu tentu ragu-ragu nak makan kek ini bila raya nanti. Harganya mak ..ai memang mahal. Tapi dah sedappp tak kisahlah berapa harganya. Tapi lepas ini memang kena buang kek ini dari senarai sajian raya. Kecuali pengeluar kek tersebut mampu meyakinkan pelanggan bahawa keknya tidak menggunakan mentega yang tidak halal.
Dalam situasi ini pengeluar mestilah jujur dan amanah. Benda makan bukan boleh buat main. Setitis darah dan sejemput daging yang tumbuh dari bahan yang haram akan dibakar api neraka. Nauzubillah. Sia-sia beramal ibadah jika semuanya akan ditolak Allah Taala pada hari penghisaban. Usahlah dikira rugi di dunia. Adat berniaga memang ada jatuh dan bangunnya. Jika anda membuang bahan dan kek yang tidak halal itu demi kemaslahan orang Islam yang lain insyaallah Allah akan menganti dengan rezeki yang melimpah ruah di ketika yang lain. Jujurlah kerana Allah kerana Dia Maha Melihat dan Mengetahui apa yang tersembunyi di hati kita.
Yang peliknya Malaysia yang satu masa dulu sibuk mempromosi ingin menjadi Halal Hub tetapi tidak mampu memastikan apa yang halal dan apa yang haram. Sepatutnya pihak yang kena buat kerja kenalah betul-betul buat kerja. Dosa ini siapa nak tanggung? Jika dah tahu tidak halal tentu orang Islam tidak sampai terbeli dan termakan. Kita boleh lari hukuman di dunia tetapi hukuman di akhirat tetap akan menanti. Allah menghukum kita dengan apa yang kita usahakan.
mujurlah tak pernah teringin nak beli mentega ini
Betulkah Golden Churn ni bahan utama dalam buatan kek lapis Sarawak? Adakah semua pengusaha kek lapis Sarawak guna Golden Churn Creamery Butter untuk buat kek lapis Sarawak? Jika ya, maknanya, kami sekeluarga ada pernah termakan juga kek ni. Oh no! Patutlah bila berdoa lambat dimakbulkan Allah. Kalau ya apa lagi yang dapat dibuat selain berdoa memohon ampunan dari Allah. Kita tidak tahu cuma bila dah tahu tentu ragu-ragu nak makan kek ini bila raya nanti. Harganya mak ..ai memang mahal. Tapi dah sedappp tak kisahlah berapa harganya. Tapi lepas ini memang kena buang kek ini dari senarai sajian raya. Kecuali pengeluar kek tersebut mampu meyakinkan pelanggan bahawa keknya tidak menggunakan mentega yang tidak halal.
Dalam situasi ini pengeluar mestilah jujur dan amanah. Benda makan bukan boleh buat main. Setitis darah dan sejemput daging yang tumbuh dari bahan yang haram akan dibakar api neraka. Nauzubillah. Sia-sia beramal ibadah jika semuanya akan ditolak Allah Taala pada hari penghisaban. Usahlah dikira rugi di dunia. Adat berniaga memang ada jatuh dan bangunnya. Jika anda membuang bahan dan kek yang tidak halal itu demi kemaslahan orang Islam yang lain insyaallah Allah akan menganti dengan rezeki yang melimpah ruah di ketika yang lain. Jujurlah kerana Allah kerana Dia Maha Melihat dan Mengetahui apa yang tersembunyi di hati kita.
Oh! kek lapis mak njang halal ke tidak?
1 comment:
kek cantik2 tu, ada pula bahan dan benda asing...mohon dijauhkan dah..
selamat berpuasa..moga dapat keberkatan..
Post a Comment