Saat aku terima nikahnya 4 tahun lalu! |
Majlis kahwin bukan sesuatu yang payah tetapi kita sendiri yang menjadinya payah. Islam mengjar bahwa Islam itu mudah tetapi kita sendiri menjadinya susah dan payah. Sekarang sampai terpaksa mencari Perancang Perkahwinan, dan kedai pengantin pula tumbuh bagai cendawan di sana sini. Jika buka diinternet tak usah kata macam-macam pakej, door gift dan segala benda boleh dicari dan dibeli online. Pokoknya mesti ada duit. Saya tak terkejut bila ada beberapa kes bakal pengantin membuat pinjaman peribadi sampai 50k. Adakah kerana tuntutan dan kehendak orang keliling memaksa si pengantin terpaksa bertindak demikian?
Muhammad Zaffran Rizqi yang jadi penyeri rumahtangga lahir pada tahun 2008 |
Isu ini sudah selalu sangat diperkatakan. Agama itu nasihat. Selagi termampu nasihat itu mesti disampaikan walaupun satu ayat. Majlis kahwin memanglah sekali seumur hidup . Soalnya adakah perlu kita sampai mengikat hidup kita sepanjang hayat dengan hutang ? Tepuk dada tanya selera, ukur baju di badan sendiri. Kita tidak perlu membanding majlis kita dengan majlis orang. Betapa rapi kita merancang tetap akan ada cacat celanya. Kita tidak mampu memuas semua pihak dalam satu masa.Islam mengajar bersederhana.
MZR sudah berusia 2 tahun. Penyejuk mata dan pengubat hati ibu, abah, wan, tok ummi, opah dan semua mak/pak saudaranya. |
Dalam kesibukan membuat persiapan umenjelang hari bahagia luangkan masa mendengar ceramah tentang tanggungjawab suami /isteri.Dalam youtube pun banyak. Hanya pilih dan dengar mudah-mudahan kita lebih bersedia melangkah ke alam rumahtangga dengan ilmu penuh di dada. Rumahtangga adalah permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar. Perubahan cara hidup ke arah cara hidup yang dituntut Islam juga bermula dari rumah kita sendiri. Kita yang mencorakkan anak-anak kita, bakal pemimpin di masa hadapan dengan cara hidup yang kita pilih. Semuanya bermula dengan pemilihan suami beriman, isteri solehah dan akhirnya diharap lahir pula anak-anak soleh yang akan menjadikan masyarakat kita beriman dan sentiasa menjadikan al qur'an dan hadis sebagai pegangan dan rujukan.
1 comment:
tq ummi..takpe...abumi kalut ngan maktok wan....zulffi sndri pun lupa kalo tak diingatkan...hihih
Post a Comment