Monday, March 1, 2010

Dari Tadika ke Sungkyungkwan


Kata orang  a picture speaks a thousand words.  Bila merenung koleksi lama yang ada di dalam hard disk terbayang kembali saat membesarkan anak-anak. Berbagai kerenah, tingkah laku dan cabaran yang telah dihadapi sepanjang memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah.

'Ammar adalah anak lelaki sulung kami. Pengalaman mengandung dan sakit bersalin selama tiga hari ketika jauh di Liverpool  tetap segar dalam ingatan. Suami pula  sedang bergelut dengan projek untuk  Mastersnya dan perlu pula melayan tiga orang anak dara kami. Ketika saya dalam pantang pula suami pula terpaksa mengagihkan masa melayan isteri dalam pantang, anak-anak dara yang sudah bersekolah dan nota serta projek di labnya.

Ketika kami pulang dan dihantar bertugas di Jitra , 'Ammar baru berusia 8 bulan. Masa kecilnya banyak dihabiskan di Jitra. Bermula dari Taman Pasu dan berakhir di Taman Cahaya. Ketika berusia 1 1/2 tahun saya mula berulang-alik ke tadika Al Azhar di Kg. Pulau Nyior, Jitra. Dia yang sentiasa bersama saya banyak menghabiskan masa di sekitar tadika. Melompat, naik dan turun tangga surau, mengejar ayam dan bergaduh dengan budak-budak tadika.

Malulah juga bila ada ibubapa merepotkan "Anak saya tak mau mai tadika , takut kat anak cikgu" Ketika itu terasa  kalau boleh mahu menyorokkan muka di bawah meja tapi mujurlah mulut ini pandai menjawab , "Minta maaf banyak-banyaklah kak, anak saya ni lahir di negeri orang putih  agaknya terkenan perangai orang putih masa mengandung kat dia dulu. Tu yang kasar dan lasak tu" Mujurlah makcik & pakcik tu ketawa mendengar jawapan saya dan kira kes itu selesai di situ. Kira oraitlah kan buat lawak bodoh macam tu sekali sekala.

'Ammar juga pelajar tadika paling lama. Umur 3 tahun baru officially masuk tadika. Cakap pun masih belum terus (betul) . Satu hari dia saya suruh ke tadika meminta barang dari cikgu di situ. "Cikgu, ummi minta selai" Terpinga-pinga cikgu-cikgu tu, apa yang selainya. Sehelai kertas? kain? Akhirnya mereka menalipon saya kerana 'Ammar sudah hampir menangis kerana cakapnya tidak difahami. Rupanya "ummi nak serai..s..e..r..a..i " Guru tadi mengajar 'Ammar menyebut.

Masuk tahun satu. 'Ammar belum boleh membaca . Saya terasa juga bila suami mengomen" Hai...tak kan ajar anak orang sampai anak sendiri pun tak reti baca" Ketika itu saya mengajar mereka membaca mengguna buku Isahak Haron . Taklah pulak ingat tajuknya. Tapi buku itu masih ada untuk saya serahkan kepada cucu saya nanti. Walaupun berbagai kaedah ada tetapi saya lebih sukakan buku tadi. Semua anak-anak saya kecuali Harith belajar membaca menggunakan buku tersebut.

Kata orang anak lelaki late bloomers. Hujung tahun 'Ammar naik pentas di SK Sultan Ahmad Tajudin kerana mendapat nombor satu. Suami saya hadir kerana saya sedang berpantang melahirkan bang cik. Jiran-jiran saya tolong bertepuk kuat untuk 'Ammar kerana  saya tidak dapat hadir.

Tahun 2 dan seterusnya ke tahun 6 dia bersekolah di SK Taman Uda, Alor Setar. Seterusnya tingkatan satu di SMAP Kajang sehinggalah INTEC dan ke Dongyang. Sudah 10 tahun rupanya 'Ammar meninggalkan rumah. Meskipun begitu  ikatan kekeluargaan di antara dia dan adik beradiknya tidak pernah luntur. Teknologi nmasa kini turut mendekatkan kami. Sesekali saya akan melihat kembali koleksi gambar 'Ammar di dalam hard disk, Flikr, FB, blog dan apa sahaja yang akan merungkailan rasa rindu saya  kepadanya.





Meskipun jauh di mata, namun sudah pasti tetap dekat di hati. Anak adalah ujian Allah kepada kita. Adakala kita gembira kerana mereka dan ada juga kala kita menangis kerana  tingkah laku dan tuturkata mereka. Namun walauapapun yang anak lakukan satu perkara yang saya tetap pegang sehingga hari ini ialah tidak pernah menyumpah, memaki hamun dan mendoakan yang buruk-buruk untuk mereka. Doa yang baik-baik dan solat hajat yang tidak henti untuk setiap anak agar Allah melimpahkan mereka kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Yang paling penting Allah menjadikan mereka orang yang membantu menegakkkan agama Allah walau di mana mereka berada.

Hari ini, 'Ammar sudah melangkah setapak lagi menjadi siswa di Sungkyungkwan University. Langkah hari ini adalah perjalanan yang jauh dan lama. Bermula dengan mengenal  ka, ki, ku di tadika sehinggalah hari ini. Bila merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi. Perpatah lama yang mengajar anak-anak kita supaya tidak lupa diri dan sentiasa mengenal di mana kita bermula. Selamat maju jaya dan insyaallah ummi dan abu jika dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki akan hadir di hari konvo, 2012 nanti.  Countdown  widget akan diaktifkan selepas tamat countdown SPM nanti. insyaallah.




8 comments:

Lady Qay said...

dulu buaih macam apa lagi..pnjat meja, terjun meja....

sb tu kpla penuh parut..tapi takpa, parut bnyak akal...hahah

kakak pun nak p juga korea...kalo takde no2 la...hahahah

Ibu Alin said...

Ni cerita besday ka cerita ammar nakal..hahaha

We Haus Enterprises said...

Teh, besday lambat lagi. Ni tribute untuk orang baru dapat masuk ke university sumsung. Tak sangkalah pula budak yang tak reti dok sengap dan paling banyak kena jahit dah hampir mengikut jejak langkah abunya. Too many engineers will broke the machine betui ka?

Ibu Alin said...

ohh teh silap keretapi... sbb banyak jahit tu la dia nak try pakai mesin plak.. dah tak main manual.... congratz abang

Misk said...

Tahniah ABANG moga terus berjaya .. Hai cepatnya masa berlalu . Melihat anak -anak membesar rasanya ingin diputar kembali masa lalu. Tak puas rasanya . Tu yang maklang cadang nak op next year.. kerna ingin merasai saat manis bersama anak2 coz zaman sekarang amat busy berbanding dulu...

`Ammar Muhd said...

terima kasih ummi. jasa umi abu mmg tiptop.

so far belajar di sini ok. facilities univ bagus dan kampus pn kondusif. tgl nak pulun lagi 2 tahun utk dptkan degree ja.

My Heart Draws A Dream said...

tingat lgi punya la buas abg ni smp jatuh dlm bilik air umah mak cik ani..pastu kena jahit bwh dagu berkali2..tmpt sama lak tu..huhu..nakal-nakal pun byk akai takpa..dah smp korea pun..lang bangga dgn awak..teruskan usaha mendapat segulung ijazah dr uni samsung..terasa sekejap sgt bersama abg..pejam celik dah 3 tahun dok korea..

Umair Abdullah said...

uish...mcm ni kisah ammar zaman dlu. hehe.. :) tp sbnrnye parut tu la lmbg gentleman. btul x ammar??