Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Thursday, May 20, 2010
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus selama dua tahun, lusa bang cik akan melangkah meninggalkan KMB. Sudah pasti ummi dan abu turut memahami betapa getirnya perjuangan untuk meraih kejayaan. Masa berusaha sudah selesai jadi tinggal berdoa dan terus bertawakkal mengharapkan poiter yang baik dan melayakkan ke peringkat seterusnya.
Esuk juga para pelajar cemerlang SPM 2009 yang telah memohon dan menjalani temuduga Program Luar Negara akan mengetahui keputusannya. Bagi yang berjaya tahniah dan teruskan usaha dan bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa insyaallah masih ada peluang di tempat lain untuk anda menimba ilmu.
Buatlah pilihan yang terbaik demi masa depan anda. Bagi bakal siswa/i beberapa IPTA mereka akan mula mendaftar pada hujung minggu ini. Sudah pasti yang menunggu keputusan JPA/MARA tidak lena tidur malam ini. Bertenanglah kerana tinta sudah diangkat hanya ketukan jari sahaja selepas jam 3 petang yang akan menukar seluruh hidup anda selepas ini.
Faris dan Nini, selamat maju jaya. Kalau bakal masuk Ke KMB jangan lupa bertanya dan menimba tips dari 2 mentor kita, kak Rehan dan bang cik Syamil. Apa-apa pun jangan lupa info ngah ya!. Saja tumpang seronok melihat orang lain berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment