Wednesday, May 26, 2010

Meracik Rampai

Hari makin dekat...kerja makin banyak. Mujurlah rakan kongsi saya baik hati nak lepaskan saya bercuti awal untuk consentrate pada kenduri nanti. Waduh!!! banyaknya kerja depan mata dan dalam kepala. Mujur juga budak KMB yang sedang bercuti panjang tolong buat itu dan ini. Dia sudah jadi sub-con saya untuk menyelesaikan tugasan yang kian bertambah. Suami pula dalam saat -saat 'kecederaan' ini kena pula ke perkampongan Orang Asli kat Tasik Banding untuk khidmat masyarakat. Berat mata memandang, berat lagi kepala memikir. Dengan berat hati saya terpaksa merelakan dia pergi. Kad jemputan sudah dan sedang diedarkan. Berbagai pengalaman manis yang dihadapi sepanjang membuat tugasan ini.



Pada suatu hari, saya mendapat kejutan .tiba-tiba rakan sekolah menghubungi. Nombor dia dapat dari kad yang diedar bakal besan. Kecilnya dunia. Dia yang teruja kerana kedua-dua pihak sama-sama budak Asma dan budak Kolej. Tapi R., .kami tak kenal pun masa sekolah kat Jalan Langgar tu tau! Walaupun setiap hari cycled kat depan sekolah Kolej dan sabar menanti keretapi lalu kat lintasan dekat sekolah depa tu. Bakal pengantin  pun  tak saling kenali walaupuan sama-sama  SKTU dan rumah pula hanya dipisah Jalan Sultanah. Jodohlah kata kan, ,macam juga rezeki datang dari punca yang tak diketahui. Bila Allah kata "Kun..Fayakun maka jadilah...

Bila ingin 'lari' sekejab dari stress ini, sudah pasti saya akan menjenguk ke blog dan Facebook. Melayan cerita terkini dari anak-anak dan anak-anak saudara di merata tempat. Ada juga kawan-kawan menawar diri untuk membantu apa yang patut ,tetapi ketika ini belumlah ada kerja yang betul-betul nak buat. Cuma saya sudah meminta jiran belakang rumah agar jangan memotong pokok melur dan daun pandannya. Saya juga sudah tidak malu-malu meminta bunga kerak nasi, ros dan melur dari jiran-jiran yang baik hati.Sudah pasti harum bunga rampai yang diadun mak dengan sandal wood, red roses dan atar dari Mekah itu akan menyimpul semua kenangan manis menyambut orang baru bertahun-tahun lamanya. Oh Tuhan! Permudahkanlah urusan kami.

2 comments:

`Ammar Muhd said...

sandal wood tu apa? mcm Tiger wood je~

mak zaman skrg canggih. rehat2 bc blog, main Facebook~ jgn terleka hehe

ummiyati said...

ambuih...dulu kot stress cari ahli mesyuarat tingkap, sekarang jiran semua sibuk terpaksalah carai rakan virtual pulak. Nak tau sandal wood tu apa search je lah...Sebotol kecik pun dah dekat RM200. Pakai air mawar beli kat Naina lah jawabnya.