Entri terakhir saya terhenti di situ. Terlalu banyak perkara yang terjadi membuat saya tidak sempat duduk menenangkan diri. Segalanya telah selesai jadi saya dapatlah duduk sekejab sambil merakam segala peristiwa yang kini tinggal dalam lipatan sejarah.
Rabu: 9/6/10
8.00 pagi: Terus berkemas.
9.00 pagi: Melihat lang, Ngah dan Linda menyiap hantaran.
12.00 t/hari: Suami SMS isteri temannya yang kami zairahi Ahad alu sedang tenat.
2.00 petang: Makan t/hari sekadar apa yang ada.Badan sudah letih, selera sudah tertutup.
3.00 petang: Bersiap ke Hospital Kepala Batas menziarahi jenazah Sya. Bertarung dengan kanser payudara selama hampir 4 tahun.
6.00 petang: Mengikut jenazah ke Teluk Air Tawar.
7.30 petang: Pulang ke rumah kerana terasa kurang sihat. Menyiap makan malam.
10.30 malam: Makan ubat dan kepala berat sekali. Letak kepala sahaja terus hanyut. Penangan ubat batuk dan ubat tahan gatal saya memang alah.
2.30 pagi: Terjaga dan tidak dapat tidur hingga ke pagi.
No comments:
Post a Comment