9.00 pagi: teruskan aktiviti spring clean dan sentuh sana-sani bersama anak-anak.
10.00 pagi : Tetamu 1 dari Taman Rakyat bersama buah mangga yang sedang masak ranum. Saya membalas dengan sos chay kew tew, kicap kew tew, perencah mee rebus dan soto Tg Kupang. Pendetailan tentang majlis nikah dan hari langsung.
10.15 pagi: Tetamu 2 dari Taman Uda pula tiba. Mereka akan terus ke Kulim untuk kenduri tapi sempat dijamu spagheti dan sour sos.
11.15 pagi: Kedua tetamu beredar pulang. Hujan turun lebat. Cadangan untuk ke tempat kenduri ditangguhkan dulu.
12.30 t/hari: Bersama anak-anak lelaki ke kenduri di Lrg Dahlia. Balik dropped mereka di surau. Balik di ambik abunya.
2.00 petang: Menyiap dekorasi dan make over rumah dengan bantuan teacher dari JB.
5.30 petang: Meluang masa menziarahi isteri teman sepejabat suami yang sedang bertarung dgn kanser. Nafas naik dan nafas turun begitu payah sekali, saya tidak mampu berbicara kerana hati sudah sebak menginsafi sakit yang datang tiba-tiba tetapi nak sembuh bagaikan semut berjalan kata orang.
6.20 petang: Sudah di lif untuk turun bila jiran memberi tahu anak caterer yang juga rakan qaryah baru dimasuki ke wad kerana kemalangan. Anak muda dan motor, mengejar lampu isyarat dan merempuh kereta Polis depan simpang ke Melinium.
8.00 malam: Selepas solat kami makan bermai-ramai. walaupun selalu makan awal tetapi kerana hari yang penuh aktiviti terpaksa dilewatkan makan malam.
9.00 malam:Sesi Halaqah keluarga. Sudah agak lama kami tak get together begini, talk from heart to heart. Masing-masing berpeluang menyuarakan rasa hati, kecuali kak lang telah melantik ngah sebagai jurucakap. Maklumlah ratu airmata banyak menangis dari bercakap tambahan pula halaqah kali ini ditujukan khas buatnya.
11.30 malam: Kami sama-sama membaca doa kafarah sebelum kembali ke bilik masing-masing. Berbagai aktiviti diteruskan sebelum ngantuk bertamu.
No comments:
Post a Comment