Khamis 10/6/2010
7.45 pagi: Saya menghantar Harith ke sekolah.
8.00 pagi: Singgah mengambil pandan di rumah Julia.
8.30 pagi; Membeli bunga di kedai Indai. Seronoknya dapat bunga mawar kampong dan melur.
9.30 pagi: Mengemas dapur dan menyiap makan t/hari.
12.00 t/hari: Menjamu anak dan suami sebelum naik solat. Mereka juga keletihana kerana bertungkus lumus mengemas di luar rumah.
3.00 petang: Jiran datang membantu memotong pandan untuk dijadikan bunga rampai.
4.00 petang: Mak lang dan anak-anak tiba dari Kulim.
6.00 petang: Mak, abah dan bibiknya tiba dari Alor Setar. T/kasih Nawal t\sudi bantu ambik wan dan mak tok. Orang di atas rumah sibuk dan kalut dgn hantaran dan cenderahati.
8.00 malam: Menyiap makan malam, suami melayan kawan yang datang bertamu.
9.00 malam: Saya melihat semula baju-baju untuk dipakai pagi esuk.
10.00 malam: Lang menempek inai bertemankan aunty Jal dan sepupu-sepupunya.
11.30 malam: Saya sudah terbaring setelah menelan ubat. Di bawah masih riuh.
No comments:
Post a Comment