Sunday, October 11, 2009

Bantal atau Bantai


Bantal atau bantai. Dua-dua kadang sama kadang tidak. Kalau orang Kedah bantal juga di panggil panggil bantai, tapi kalau bahasa pasar bantai  jugak dimaksudkan benda yang lain pulak. Kenapa saya bercakap soal yang remeh ni? Sambungan menyusul .....

*sambungan:
Kenapa berbicara tentang hal ini? Kerana saya merasa sangat hairan dengan sindrom yang melanda warga asrama. Bila pulang ke rumah sudah pasti mereka akan bantai tidur bagaikan tak tidur 7 hari 7 malam. Alasan yang sering diberi "nak kado' tidur". saya pernah terdengar satu ceramah, hebat macam mana pun orang itu bila berjumpa bantal sudah pasti dia akan kalah. Orang yang ingin berjaya akan mengurangkan banyak perkara. Antaranya ialah waktu tidur. Tidur jika terlalu banyak akan mengakibatkan malas dan lemah. Jika kurang tidur juga akan menyebabkan tidak sihat, jadi bersederhanalah. Gunalah bantal untuk tidur tetapi jangan bantai tidur.

No comments: