Bermulanya hari baru. Semalam sudah berlalu dan esuk belum pasti apa yang menanti kita. Sebagai orang yang beriman sudah pasti setiap kali selepas solat kita sentiasa berdoa meminta segala yang baik-baik sahaja dari Nya. Namun dalam kegembiraan dilimpahi rezeki, rahmat dan kebahagiaan dari Allah jangan sekali-kali kita lupa di sekeliling kita ada ramai lagi orang yang tidak bahagia. Bahagia itu bermacam-macam maksudnya. Usah disangka mereka yang banyak harta itu bahagia dan jangan pula diingat orang yang miskin itu tidak bahagia. Inilah untungnya orang beriman diberi nikmat mereka bersyukur diberi ujian mereka bersabar. Kedua-duanya tetap diganjari Allah dengan pahala melimpah yang tidak kita ketahui nilainya.
Kesimpulannaya sentiasalah berpegang dengan tali Allah, iaitu Islam dan segala ajarannya. Jangan dipilih-pilih. Yang suka dibuat yang tidak suka ditolak. Allah menjadikan kita dan tidak pernah meninggalkan kita barang sesaat pun. Dia ada ketika kita suka, dan Dia paling dekat dan paling kita cari bila bila kita duka. Ajak-ajaklah hati kita mendekatinya. Tak kenal maka tak cinta. Kemanisan iman itu hnaya dirasa bila kita mencintai Allah dan RasulNya lebih dari yang lain.
Bermulanya bulan baru 1 Zulkaedah marilah kita mula menjadikan diri kita, hati kita sebaik-baik hamba Allah. Bukan manusia menilai tetapi Dia yang menilainya.
No comments:
Post a Comment