Sunday, October 18, 2009

Saya Dan Hari



Sudah seminggu saya tidak mengadap komputer. Sibuk dan di masa yang sama motherboard pulak rosak. Sebaik pulang dari majlis kahwin anak kawan baik semasa zaman sekolah menengah , kami berdua segera menghala ke Prangin Mall. Walaupun cuti Deepavali tetapi jalan di Penang tidak begitu sibuk macam cuti tahun Baru Cina. Setelah menolak dan mencongak dapatlah dibawa balik motherboard untuk PC yang lama. Anak saya tersenyum senang.Tahulah tu dalam kepalanya mesti nak load segala benda yang dia akan install. Nak marah pun...memang tak berkesan. Masuk telinga kiri, sudah pasti keluar telinga kanan. Bila suami merungut saya selalu membalas"anak engineer lah katakan" Dia pun terpaksa terima dalam paksa hakikat itu.

Tiba di rumah, hari sudah maghrib. Masuk ke dapur mujur lang sudah siap membasuh pinggan mangkok dan mengemas dapur yang berselerak kerana menjamu tetamu jauh siang tadi. Adat orang Melayu bila tetamu datang di waktu tengahari sudah pasti dijamu nasi. Seawal pagi saya sudah bangun memasak . Pada jam 7 pagi pula ada mesyuarat khas di sekolah agama jadi memang kena memasak awal supaya tidak kelamkabut.

Pada masa yang sama juga ada Mesyuarat agung Jim negeri, niat hati ingin turut hadir tetapi bila sudah berjanji menjadi tuan rumah terpaksa dikesampingkan niat asal itu. Mujur adik ipar datang membantu, jika tidak memang jenuh juga saya berkejar antara ruang tamu dan dapur.Terima kasih mak lang ! Nantilah kita berderau.

Malam ke rumah sepupu bertemu ibunya dan adik-beradiknya yang datang dari Alor Setar. Perbualan banyak menjurus kepada kerja haji yang bakal mereka suami isteri kerjakan. Minggu ini juga saya kerap menerima jemputan untuk bacaan Yassin dari kawan dan jiran. Walaupun bukan diwajibkan tetapi sudah jadi macam wajib pula bila musim haji. Malah pihak masjid juga akan menganjurkan bacaan Yassin dan merai tetamu Allah pada malam esuk.

Penuh betul hari ini. Letih tetapi gembira kerana Allah mengizinkan saya dan keluarga memenuhi aktiviti harian dengan perkara yang tidak dibenci Allah. Hari ini sudah pasti makin sibuk kerana malam nanti ada jamuan raya Qaryah. Mudah-mudahan hujan tidak turun, jika tidak siapalah yang nak menghabiskan satay yang beribu-ribu dan lemang 40 batang itu. Jom ramai-ramai ke Masjid Bertam Indah selepas maghrib malam ini. Datanglah ke masjid yang teraktif di Pulau Pinang.Mudah-mudahan selepas ini hati kita akan terus digamit menjadi tetamu tetap rumah -rumah Allah. Segeralah mengimarahkan rumah-rumah Allah. Jika bukan kita siapa lagi.

2 comments:

My Heart Draws A Dream said...

dok nmpk satay ngan laksa..tapai juga,my fevret..mcm2 la ada..rugi sapa tak mai..murtabak..cendol.mi kuah.lemang.ayam goreng etc..jom pakat2 mai mlm ni..

`Ammar Muhd said...

soobbb sobbb T.T