Monday, February 22, 2010

Bendang Di Hujung Airport








Wah! seronoknya mereka bergembira di bendang yang baru dituai. Cuaca panas membara tidak begitu terasa kerana dipuput bayu senja.
Itu kisah tahun lalu. Wajah-wajah di dalam gambar di atas sudah bertebaran di merata tempat di bumi Allah ini. Bendang sudah kering, padi sudah dituai yang tinggal kini hanyalah tunggul jerami untuk dibakar bila masa sesuai. Jika dulu abahlah yang bertugas mengurus bendang di tepi jalan itu, kini tugas itu sudah beralih ke bahu  mak .Dari proses mengupah orang mengerjakannya sehinggalah padi selamat dimuat ke dalam lori. Bila hasil padi sudah diperolehi tibalah pula masa untuk menunaikan zakat. Mujurlah abah ada membuat catatan dalam diari hitamnya, dapatlah disampaikan zakat kepada orang-orang yang selalu menerima zakat darinya. Namun nasib tanah bendang itu masih belum tentu, hambatan kemajuan dan permintaan pemaju menjadikan tanah bendang itu hanya menunggu hari untuk beralih tuan. Hanya tunggu dan lihat sahajalah.

No comments: