Wednesday, February 10, 2010

Harapan


Sudah masuk bulan dua, bermakna ada dua bulan setengah untuk bang cik menempoh peperiksaan yang akan menentukan masa depannya. Kalau dapat memang ingin lebih kerap mengunjunginya, namun apa kan daya hanya dikirim doa di angin lalu. Bila sudah sampai di peringkat ini sudah pasti inilah era pecutan terakhir. Cikgu-cikgu yang sangat banyak membantu sudah pasti tidak lena tidur seperti juga para pelajarnya.  Tiap tahun sudah pasti masing-masing ingin melonjakkan lagi nama kolej bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global. Untuk mencapai yang tinggi sudah pasti mesti datang dari mereka yang bercitacita tinggi juga.

Sebagai ibu sudah pasti saya inginkan anak saya menumpukan perhatian kepada peperiksaan terakhir pada awal Mei nanti. Bukan mudah memusatkan penumpuan kecuali jika kita benar-benar nampak dan fokus arah tuju kita di masa depan. Memang mudah bercakap tetapi melaksanakan tidak semudah itu.

Ketepikan mana  yang tidak perlu dan fokus serta baiki segala kesilapan lalu.  Jangan nanti menyesal kerana terlepas peluang akibat satu -dua mata sahaja. Jika inginkan yang besar-besar sudah pasti kena diabaikan apa yang remeh-temeh dan yang boleh ditangguhkan. 


No comments: