Kenapa suka sangat sudah terantuk baru nak terngadah? Pergaulan bebas sudah pasti menjadi sebab utama kenapa hal ini terjadi. Dari mata turun ke hati, tak kenal maka tak cinta. Pertemuan tanpa dirancang akhirnya menjadi pertemuan yang terancang. Bila hati sudah suka sudah pasti tiada apa yang dapat menghalang. Buang emak buang saudara kerana kasih aku turutkan...ah! kerana itukah pantun itu dicipta. Kita masing-masing punya anak , sudah pasti kita ingin melindungi anak-anak kita dari segala gejala yang menjebak mereka. Namun sampai bila kita perlu memayungi hidup mereka, tiba masanya bila sayap sudah teguh mereka pasti akan terbang jua.Hanya yang mengiringi dan melindungi adalah iman dan keyakinan pada pahala dan dosa. Yang pasti pedih dan tak mampu ditanggung walau sezarah sel tubuh.
Berdua berpacaran bagaikan dunia ini kita yang punya. Apa peduli pada mata yang memandang atau mulut yang mencemuh. Sedetik berpisah bagaikan setahun rasanya dan berjam-jam bersama terasa begitu pantas masa berlalu. Jika mampu bagaikan ingin dimatikan sahaja jarum jam. Ayuhai anak ! Kembalilah kepada kata hati: Jika ingin melakukan dosa hati kita tidak akan teragak-agak tetapi kesan dan rasa bersalahnya sangat lama tetapi jika ingin melakukan kebaikan hati kita selalu berbolak-balik tetapi bila sudah dilaksanakan rasa puas dan tenteram itu akan kekal hingga ke akhirat. Cukuplah airmata ibu ayah gugur kerana menahan malu, keciwa, marah dan segeralah menggugurkan airmatamu untuk memohon keampunan dari Allah yang maha pedih siksaannya. Muga Allah memberi peluang kedua untukmu di rumah perlindungan itu. Sudah pasti di situ bukan tempat untukmu menyorok arang yang terconteng di wajah tetapi di situlah nanti kamu akan belajar mencari diri dan mencari jalan pulang. Bersegeralah mencari redha Allah di atas kesilapan yang akan terus menghantui sepanjang hidupmu. Masa terus berdetik dan Allah terus menanti untuk mengampunimu jika kamu benar-benar menyesal.Cukuplah hanya sekali.
Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Wednesday, February 24, 2010
Mencari Jalan Pulang
Semalam tiba-tiba fon saya berdering mempamirkan nombor yang tidak dikenali. Saya segera menjawab mungkin panggilan dari waris anak-anak didik saya di tadika atau mungkin juga penjual kad diskaun dan kad kredit. Tanpa berprasangka saya menjawab sambil berhati-hati bercakap. Bila si pemanggil memperkenalkan diri , saya terkedu. Jantung saya bagaikan disentap....seorang lagi remaja sedang mencari jalan pulang. Berseronok berdua sehingga lupa dunia dan kini si dara sudah ditinggal pergi sang kumbang yang telah menyedut madunya. Terkapai-kapai bagai ikan di daratan. Naluri keibuan menjadikan saya sebak tiba-tiba..saya bagaikan merasa bibir mata sudah hangat dan mulut sudah tidak mampu berlawan cakap. Saya juga punya anak remaja yang seusia. Sedangkan panggilan itu datang jauh dari Pantai Timur. Kredit sedang berjalan dan tiba-tiba saya kembali ke alam nyata dan segera meminta diberi sedikit masa untuk mencari maklumat untuk membantu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment