Ketika kaum Cina berduyun balik ke kampong dabn bandar untuk menyambut CNY sudah pasti yang tidak merayakannya turut mengatur plan dan agenda . Kami sekeluarga tidak ketinggalan. Saya , suami dan bang cu ke Pasir Tumbuh melawat Zaffran dan ibu abahnya, kak lang dan bang cik ke JB melawat kak ngah dan Harith pula ke Pahang untuk program sekolahnya.'Ammar pula dah hampir 2 minggu berada di China.
Tidak mahu menunggu sampai hari Sabtu konon-konon takut jalan sibuk kami bertolak pada pukul 4 petang Jumaat. Bila sudah di jalan baru tahu rupanya jalan tetap sibuk mungkin kerana Kedah sudah mula bercuti. Seperti biasa tiap kali cuti panjang ramai orang yang gemar ke Kelantan. Kami yang sering kali terperangkap dalam traffik jam tidak membuat rancangan ke mana-mana. Sekadar ke Kota Bharu dan singgah sebentar mencari barang di Rantau Panjang.
Selebihnya dihabiskan di rumah melayan dan melihat kerenah Zaffran yang tidak sihat. Mujurlah motor lama abahnya masih berfungsi bolehlah wannya membawa pusing sementara saya dan ibunya sibuk di dapur.
Bukan mudah membesarkan seorang anak, masa kecik cara kecik bila dah besar lain pula cara menangganinya.
Sambil melayan cucu wannya pulak sibuk berchatting melayan 'Amar . Yang paling seronok bila dapat jemputan makan pagi di rumah kawan ibu Zaffran. Saya yang memang suka nasi kerabu memang teruja bila dihidangkan makanan tradisi itu, yang lain-lain tu dalam sey...tak sey habis jugak dua pinggan. Seronoknya menerima layanan mesra orang Kelantan di Jelawat. Baru kenal tapi macam dah kenal lama...jangan lupa datang Penang kita nak jamu nasi kandar pulak pelawa saya sungguh-sungguh sebelum menaiki kereta untuk bertolak balik. Zaffran sudah mula tunjuk peel..memang kena cepat balik . Lagipun tenggiri segar dari Tok Bali dalam bonet tentu tak boleh dibiar lama . Di mata sudah terbayang sup fish ball untuk makan tengahari nanti. .
No comments:
Post a Comment