Wednesday, February 24, 2010

La Tahzan: Usah Bersedih


Semalam suami saya pulang dan mengadu demam. Saya sudah berjanji untuk ke satu program di sempadan negeri selepas solat maghrib. Sebagai rakan kongsi selama hampir 30 sudah pasti saya peka dengan seleranya bila mengalami ulser mulut. Bihun sup panas yang hanya sedikit ditambah kuah cili bagi menambah perisa mampu menjernihkan wajah yang suram. Selepas meletak air suam dan ubat demam di meja sisi saya melangkah pergi sambil memohon  restu dan izinnya.






Oh! Minggu ini ramainya ahli keluarga saya yang ditimpa sakit. Bermula dengan  bang  cik yang mengadu  kulitnya elergik  dan kemudian keracunan makanan pula. Bila sudah mampir ke penghujung semester sudah pasti kami suami isteri sangat risaukan kelasnya yang tertinggal dan masa untuk mengulangkaji. Dari jauh apa yang mampu dilakukan selain mengirim ubat  dan berdoa agar Allah segera menyembuhkan agar dia dapat  kembali menumpukan perhatian kepada peperiksaan akhir yang akan tiba awal Mei nanti. Setiap hari ada sahaja surat tawaran dari universiti-universiti yang dipohonnya yang tiba di rumah.. Sudah pasti tawaran bersyarat ini akan melonjakkan lagi iltizamnya  untuk membuat sehabis baik bagi mengapai impiannya. Peluang sering tidak datang dua kali, sekali terlepas belum tahu bila pula ia akan datang mencari kita dan paling  ingin dihindari jika terpaksa menukar pilihan dan membuat keputusan baru.

Dalam perjalanan pulang  malam tadi saya sempat  berSMS dengan kak lang. Dia membalas  "Umi, balik nanti jgn lupa jumpa lang dulu. Aris talipon tadi" Hai...hati saya diserang bimbang. Mesti  ada sesuatu yang besar dan penting jika tak tentu dia tidak berpesan begitu. Tiba di rumah sudah hampir jam 1.00 pagi, saya segera mengetuk pintu bilik  dan bertanyakan pesanan Harith. Aduh! seorang lagi ditimpa sakit. Kakinya pula terseliuh ke terkehel akibat sukan. Mungkin esuk saya perlu membawanya untuk di x-ray dan mencari bomoh untuk mengurut kakinya pula.Harith...tahun ini tahun PMR...risau lagi  hati umi.

Semasa di Sg Petani saya terserempak dengan sahabat saya yang mengajar di sekolah bang cu. Katanya " Zaid sakit gigi?" Hah? Saya terperanjat kerana dia tidak melaporkan apa-apa.  Gurunya menambah  "Zaid rajin betul tak sihat" Saya ingin menjawab "Mungkin sekolah kena fikir supaya tender dewan makan kena tukar, kot" Tapi...program dah nak bermula jadi terpaksalah dipendamkan saja hasrat itu dan sahabat tadi sudah beralih ke kerusinya. Minggu lepas ketika bang cu pulang bercuti saya sudah menulis  satu usul untuk mesyuarat PIBG sekolahnya. Muga pihak sekolah dapat memberi pertimbangan yang wajar. Yuran makan sudah dinaikkan sepatutnya pelajar mendapat layanan yang sepatutnya  seiring dengan kenaikan kadar makan.. Kasihan ! Mereka bukannya ada pilihan lain. You take it or leave it . Itu saja  yang ada.Tambahan pulak tahun ini bang cu sudah di tahun SPM. Bertambahkah  lagi risau saya? Apa patut saya lakukan? 


sabar

No comments: