Namun esuk juga sudah tidak seperti tahun-tahun lalu. Jika dulu suami saya boleh makan apa sahaja makanan yang dihidang atau dipesan tapi kali ini tidak ini. Petang tadi saya dan 'Ammar telah menghantar suami saya ke wad C8 di Hospital P.Pinang. Dan pagi esuk dia akan menjalani angiogram. Sudah pasti saya berdoa agar dia mampu menjalani satu lagi fasa yang besar dalam hidup ini. Berat mata memandang, sudah pasti berat lagi bahu yang memikul.
Minggu lepas saya sudah menemani dia ke situ. Insyaallah saya sudah agak mahir jalan-jalan yang perlu diambil. Mujur juga 'Ammar ada di sisi dialah akan menjadi pengiring saya berulang-alik ke sana.Bukan tak biasa memandu di pulau tetapi dalam keadaan emosi yang kurang stabil saya lebih suka orang lain yang memandu. Alhamdulillah, anak-anak saya jauh dan dekat hampir semua sudah pulang untuk bersama kami.Merekalah sumber kekuatan kami. Meskipun ini hanya prosuder biasa bagi mengesan masalah jantunng tetapi ia juga yang akan menjelaskan berbagai kemusykilan yang bermain di fikiran .Mudah-mudahan masalah suami saya tidaklah kronik .
Di hari ulang tahun kelahirannya saya sangat ingin kita para suami dan isteri turut menghayati puisi ini. Saya minta maaf tak ingat pula petik dari mana. Namun saya percaya si penyair tentu sangat ingin mengetuk hati-hati kita dengan kata-kata yang indah ini.
Buat Suami Tercinta
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..
~Author Unknown
No comments:
Post a Comment