Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Tuesday, July 27, 2010
Titian Hayat
Lama juga saya tak bercerita tentang abah. Sudah setahun lebih abah kena stroke. Sejak abah kena stroke kehidupan abah dadn mak abah sudah berputar 180 darjah. Sudah tiada lagi masa kami dapat bercerita, berkongsi masalah, bertanya hukum hakam agama dan meminta pendapat dari abah. Cuma yang tidak lekang dari abah ialah senyumannya. Saya masih ingat pertama kali menjejak kaki ke rumah abah.Hari sambut menantu. Maklumlah kami tidak pernah bertemu muka walaupun namanya saya kenal melalui hujung nama anaknya.Tetapi teguran dan senyuman abah ketika pertama kali berbual menjadikan rasa gugup dan risau saya bertemu mertua terbang begitu saja.
Sejak abah stroke jarang benar abah dan mak ke mana-mana. Dunia mereka berdua banyak berlegar sekitar rumah dan KMC sahaja . Walaupun mak ingin juga sekali-sekala ke mana-mana tapi bila abah dah geleng kepala memang tak boleh buat dan kata apa-apa. Puas juga anak dan cucu memujuk tapi abah tetap sayang nak tinggalkan rumahnya.
Hari ini abah di KMC sekali lagi. Dia memang sudah lama menghadapi masalah hernia atau kata bahasa kampong angin pasang surut. Minggu lepas abah sakit hernia tu tengah malam. Bayangkanlah betapa panik dan risaunya mak. Namun berkat pergantungan mereka kpd Allah, maka dapatlah mereka berdua dilalui saat kritikal itu.
Hujung minggu lepas, kami berbincang adik beradik samada nak go on ke tidak dgn operation ni. Walaupun kecil dan sedikit tapi risikonya tinggi. Jantung abah lemah, ada pula darah tinggi dan sebelah buah pinggang abah dah rosak.Yang peliknya semua org tak tahu termasuk mak, mungkin kerana dia tak mahu semua orang risau atau dia sendiri pun tak tahu.
Pagi tadi abah dah disorong masuk ke bilik bedah.Hampir jam dua petang abah dah ditolak keluar dan kini sedang diberi rawatan rapi di ICU. Rutin biasa dan saya bersyukur anak-anak emak berada di sisi mak.Walaupun mak mungkin berkata "Buatlah apalah balik...hampa kan kerja" tapi sebagai mak saya tahu apa yang tersurat dan tersirat tentu mak bangga anak-anak mak sanggup bersama mak dan memberi sokongan moral dalam saat mak menghadapi kemelut ini. Saya berdoa semuga saya dan suami juga diberi peluang oleh Allah untuk menikmati rasa kasih, prihatin dan empati anak-anak bila kami tua dan sakit satu hari nanti. Saya sering mengulang-ulangkan pada anak-anak. Setiap kejayaan kita selalu ingat ada ramai orang yang telah membantu kita berada di tempat sekarang. Janganlah lupa diri kerana redha ibu bapa itu adalah redha Allah. Tak ada maknanya pangkat, gelaran dan harta jika kita seolah lupa masih ada ibu dan ayah kita yang sedang mengharap kasih kita . Kita juga ada anak dan cucu tak mustahil satu hari nanti kita juga menerima nasib yang sama .Hidup ini kan bagaikan roda. Sehari di atas sehari di bawah. Namun saya percaya jika kita ada pegangan agam yang kuat insyaallah kita kan sentiasa meraikan ibubapa kita walaupun mereka bukan sesiapa kerana mereka adalah wira yang tidak bernobat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
IM amat berharap agar hujung hidup IM seperti abah IM. Tidak lansung menyusahkan anak-anak dan mak menjaganya.
pergi dengan mudah...
Post a Comment