Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Thursday, July 22, 2010
Bersediakah Kita?
dunia ini pinjam-pinjaman begitu juga dengan kesihatan. Orang akan berbuat apa sahaja untuk menjadi sihat namun bukan semua wang dapat membeli kesihatan. Saya pernah bertemu dengann orang yang tersangat bses dengan kesihatan. Sanggup berhabis berapa pun harga iuntuk membeli segala produk kesihatan. Dan ada juga orang yang tidak ambil peduli tentang kesihatan. Betullah pesan Nabi SAW masa sihat ingat masa sakit. Bila sihat macam-macam boleh kita buat dan bila sakit pula macam-macam yang kita angan-angankan. Itu nak buat ini nak buat tapi jangan janji tinggal janji sahaja. Sementara masih berpeluang segeralah kerjakan perkara baik yang kita cita-citakan.Jangan nanti kita mengeluh sesal kerana tidak diberi lebih masa .Kita mampu beli jam tetapi sudah pasti kita tak mampu beli masa. Detik yang pergi tidak akan kembali dan jangan kita asyik merintih meyesali sejarah dan hari yang dah berlalu sia-sia.Sambil menanti datangnya Ramadhan marilah sama-sama kita hisabkan diri.Menilai amalan kita di Ramadhan lalu.Mudah-mudahan Allah bagi peluang untuk terus berada di bulan Ramadan tahun ini. Bulan Alalh berjanji mengampun dan melepaskan kita dari api neraka jika kita benar-benar berusaha dan meminta dariNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment