Setelah berbulan-bulan berulangalik untuk memotong rambut akhirnya saya singgah ke sebuah kedai yang tidak pernah saya kunjungi sebelum ini. Sambil menunggu giliran saya mencapai salah sebuah majalah yang terdapat di situ. Konon-konon nak cari fesyen yang sesuai agar saya tidak perlu kerap berulang-alik ke kedai gunting.Tiba-tiba mata saya terhenti pada satu laman yang bertajuk " Selera saya suami orang". Hmm....sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya.Isinya memuat temubual dengan seorang bohsia di ibu kota.
Bila membaca sesuatu berita sensasi begini apa yang terlayang di fikiran saya. "Depa ni tak takut siksa Tuhan ka...tak kesian kat mak pak ka depa ni" Saya meletak semula majalah tadi dan terus membongkar timbunan majalah untuk mencari bahan bacaan yang lebih selesa. Malangnya hanya majalah yang saya pun lupa nak tengok tajuknya yang banyak bersusun di situ.Inikah jenis bacaan yang disukai orang muda sekarang?
Bayangkanlah minda jenis manakah yang terbina dengan membaca bacaan demikian. Majalah yang hanya sekadar menjadi bacaan ringan dan tiidak membantu membina minda apatah lagi iman dan taqwa. Saya juga mengikuti perbincangan hebat di media akhir-akhir ini. Pelajaran seks di sekolah. Pada pandangan saya, gejala zina dan seks bebas yang membarah dalam masyarakat kita bukan kerana kurang ilmu atau tiada pengetahuan tetapi semua ini terjadi kerana sudah hilang rasa malu pada manusia lain dan rasa takut kepada Tuhan.
Jika dinilai semula, pelajaran seks sudah lama diajar di Barat tetapi adakah mereka mampu menyelesaikan masalah zina dan anak tidak sah taraf.? Islam tidak bertindak bila telah berlaku sesuatu perkara, tetapi ia mencegah dari awal. Jika kita benar-benar ingin menyelesaikan masalah ini tidak ada cara lain melainkan menanamkan aqidah ke jiwa anak-anak kita. Kita semua mesti berani kembali mengambil panduan yang telah diajar oleh Allah. Dia yang mencipta manusia sudah pasti Dia tidak membiar kita tercari-cari sendiri manual untuk kita menerajui hidup. Kita hanya perlu kembali kepada ajaran Al qur'an dan hadis. udah pasti kita tidak boleh lupa yang kita akan disoal dengan apa yang kita dipertanggungjawabkan.
No comments:
Post a Comment