Tuesday, May 19, 2009

Go Green!

Setelah beberapa hari meninggalkan rumah kerana ke  utara, balik ke Bertam sebentar sebelum berkeretapi ke selatan pula. Sekarang saya sudah kembali ke rumah semula.

Entri kali ini ditujukan kepada Abu yang begitu kasihkan pokok-pokoknya. Dia yang rajin menanam, membaja dan menabur racun dan ubat siput babi. Saya pula sekadar  rajin menyiram dan memetik untuk dimasak dan dimakan. 

Menyahut seruan kerajaan pertanian itu satu perniagaan. Aktiviti waktu petang dan hujung minggu .Tanah yang sekangkang kera jika dimanfaatkan memang berbaloi tapi manusia biasalah mana pernah puas..masa laman bukan main luas tak lah beria-ria nak menanam tetapi bila dah laman sekangkang kera gini  bukan main lagi mengumpul tin dan botol minyak untuk ditanam pokok-pokok. 
Pokok kari, pegaga, kucai, pudina,  cili padi, cili hidup, kunyit, pokok sambung nyawa, selasih , cekur dan pokok misai kucing adalah antara koleksi yang sedia ada. Akan datang mungkin pokok ketumbar dan pokok kesum. Ini untuk hantu kari capati dan hantu laksa yang akan pulang bercuti tak lama lagi!


Bila membuka pintu dapur mata saya tertancap ke arah pokok- pokok cili . Warna merah di sana sini. Jika dulu setiap kali menyiram saya menunggu-nunggu bilakah cili ini boleh dipetik. Penantian itu kan  satu penyiksaan. !Petang ini bila mengutip kain dari ampaian insyaallah saya bolehlah  memetik hasil dari 'kebun pak Awang'.  Seronok rupanya bila berbudi pada tanah ni, jadi bila perlukan pandan untuk memasak air sirap taklah sampai kena ke pasar mencarinya. Petik aja kat belakang rumah, kalau lebih pelawa-pelawalah pada jiran-jiran. Tapi...bila dah orang pelawa jangan lah pulak asyik ambik sampai pucuk pun tak sempat tumbuh. Pandai-pandailah 'adjust'. Nak banyak kena pi cari  kat pasar malam atau pasar tani la pulak.

No comments: