Friday, May 22, 2009

Kesakitan itu Satu Ujian


Lama sudah diberi Allah rasa gembira, rasa sihat , rasa bersyukur , rasa bahagia dan segala yang indah-indah berlaku dalam perjalanan yang indah ini. Setelah melunaskan tugas pada mertua, pada anak-anak dan pada suami maka kini saya berkurung di rumah kerana sedikit tidak sihat. Kata doktor 'terlalu penat, terlalu stress dan terlalu banyak fikir' Oh! banyak sangat terlalunya sedangkan saya merasakan saya melalui hari-hari macam biasa sahaja. Cuma biasalah dalam usia senja  tidur sudah makin kurang. Bila terjaga di dinihari memang payah untuk melelapkan mata kembali. Tambah pula sejak seminggu dua ni teman tidur juga sukar melelapkan mata walaupun badannya  sudah sangat penat. Saya tak mampu meringankan bebanannya kerana terlalu bersangkut dengan hal kerjanya. Cuma diam-diam saya berdoa agar Allah memberi peluang untuk kami terus berlama-lama di muka bumi ini. Masih banyak persiapan diri dalam perjalanan menuju akhirat yang belum tertunai, masih ingin melihat anak-anak menghabiskan pengajian dan melihat saat-saat  bahagia mareka, masih ingin itu dan masih ingin ini sedangkan saat yang dijanjikan Allah tidak kita tahu bila tibanya. Sudahkah bersedia? Tepuk dada tanyalah diri sendiri.

No comments: