Saturday, May 9, 2009

Kemahiran Untuk Hidup

sambungan dari blog 'Ammar
Sejak kecil suami saya memang minat membuka dan membaiki alat-alat di rumahnya. Hobi itu berlanjutan sehingga sekarang, namun yang peliknya anak-anak tak pula mengikut minatnya. Hobi yang akhirnya mendorong kepada kerjayanya. Ketika muda dia selalu menjadikan cuti hujung minggu hari membelek dan membaiki kerosakan kecil di kereta dan peralatan letrik di rumah. Kemahiran itu dapat diaplikasi ketika pulang dari Kelantan. Meter menunjukkan kenaikan suhu engin, alhamdulillah kereta belum lagi banyak di jalan kerana kami bertolak awal.Jadi sampai di sebuah masjid di Kupang dia memutuskan untuk berhenti dan membaiki kerosakan tersebut. Berpandukan tunjuk ajar foremannya melalui phone dia mula mencuba.Boot kereta memang sentiasa ada tool box dan segala benda yang berkaitan. Kami hanya perlu memunggah di celah beg-beg. Saya menyuruh anak-anak membantu supaya ada sedikit keinginan untuk 'rajin'macam abu mereka.Hampir 1 jam juga kami di situ. Alhamdulillah, berjaya dan kami meneruskan perjalanan pulang kerana perlu menghantar bangcu pulang ke asramanya pula. Memang tak rugi sebenarnya jika kita ada minat yang adakala boleh menjana dana atau paling tidak menjimatkan dana sedia ada. Malangnya kita jarang terfikir mengubah hobi kita menjadi peluang menjana ekonomi keluarga. Maka kekallah ia sebagai hobi.Kegemaran di masa senggang sahaja .

No comments: