Saturday, May 9, 2009

Tengok Kelaku Saya


Itulah agaknya yang ingin Zaffran katakan pada kami semua. Bermula dengan bangun tidur jika tidak perlu menyusu dia kan bangun dan memulakan expedisi explorasinya. Rumah ibuabahnya yang comel itu sekejab sahaja diterokainya. Bulan mei ini insyaallah dia akan berusia 10 bulan. Dalam usia 9 bulan+ dia sudah boleh berjalan. Apalagi rumah perlu dipagari di sana sini bagi mengelak penyelongkaran dan kemalangan. Sebagai pendidik pra sekolah saya suka anak-anak dibiarkan bebas bergerak. mereka belajar dengan merasa dengan semua pancaindera yang ada. Perkataan "jangan" itu dan jangan ini bisa mematikan minat mereka untuk meneroka. Gantikanlah dengan perkataan yang seerti dengannya. Jika di waktu kecil mereka terlalu dihalang, tunggulah bila remaja semua benda mereka akan lakukan. Atas dasar ingin mencuba dan belum pasti apa yang dicuba itu baik untuk diri, masyarakat dan agama. Ketika kecil inilah coraklah mereka dengan sebaiknya agar mereka membesar dengan corak yang menarik dan terpuji. Tangan yang menghayun buaian boleh juga mengoncang dunia. Selamat Hari Ibu.

No comments: