"Kalau tak pandai cari masa memang jarang benar kita dapat kesempatan berbual panjang dengan anak-anak.Kita kalut dan mereka juga kalut. Sedar tak sedar mereka dah besar-besar belaka.Tiba-tiba baru kita tersedar rupanya kita tak sempat nak didik mereka, tak sempat nak tegur perangai dan kelaku mereka. Akhirnya kita main telan saja apa yang tak bekenan di mata dan yang sakit di hati kerana rebung sudah menjadi buluh. Masa mereka kecik mungkin kerana kita sayang sangat kat depa , kita selalu main ikut saja apa yang depa nak.Kita tak berani tegur kerana kita takut depa tak sayang kat kita,konon. Bila depa dah besar baru kita nampak rentak depa yang dah sumbang .Baru kalut kita nak tegur. Dan masa ni depa dah besar, dah tak mau dengar dah cakap kita. Telinga depa baik depa sumbat dengar MP3 ka apa ka kerana benda tu lagi sedap dari hingar kita dan leter kita."
"Oh! bahasa apa ni dok hingar sorang-sorang buat ramai saja?" Macam tension ja! Tak dak apa aih...saja buat ramai ...besa lah naa....
Entah tiba-tiba rasa nak cakap Uthara la pulak. Bukan apa -apa anak-anak saya selalu komplen banyak bahasa Kedah yang depa tak berapa tau. Nak buat macamana dah mak tok sorang utara, sorang selatan.Jadilah bertembung dua budaya.Sorang rajin buat gulai ikan ,sorang rajin buat sup bola ikan. Jadi nak bagi mudah kenalah guna banyak bahasa baku dan surat bila mereka mula belajar bercakap. Isu ni timbul bila menantu baru saya bercakap patah-patah bahasa Kedah yang mereka tak pernah dengar . Mujurlah menantu saya tu saya dah siap warning. Janganlah kecik ati na cek noo...depa ni memang macam tu. Kalau tak gamat dan riuh memang tak sahlah. Mujurlah dia pun jenis open minded nampak tu macam okaylah kot.Boleh masuk gu.
Sekarang ni cucu saya pula.Bila dah belajar bercakap macam-macam istilah yang dia dan mungkin ibu abah dia saja yang faham. Mujurlah walaupuan abah dia orang Kelantan tapi sebab dah lama dok Penang masa belajar sampai kerja jadi kat rumah sudah pasti depa suami isteri akan cakap loghat Utara. Cuma bila di taska sudah pasti dia akan bawa segala macam loghat Kelantan. Maklumlah pengasuh dia orang Kelantan dan rakan sebayanya pun anak-anak orang Kelantan belaka.Bila tak nak apa-apa dia akan cakap "Oce" (Tak sei)
Saya dan suami bersikap terbuka. Lain padang lain belalang, lain tempat lain budaya. Cuma adakala kat tempat kita kita maksud lain, dan orang faham lain. Cuba tengok contoh di bawah:
Emak: Depa mai mak jamu nasi. Rendang telur.Tuang toyu dah boleh makan.
Menantu: Benda apa makan dengan toyu mak?
Emak: Telurlah.
Menantu: Tak tau lah pulak saya telur boleh makan dengan toyu. Kat kelantan toyu tu kiwi kasut.
Emak: o..mak silap di sini toyu tu kicap. tok yu.
Jadi nak harmoni kenalah berhati-hati bila berbahasa. Kadangkala betullah kata orang tua-tua bahasa menunjukkan bangsa. Kadang bila kita asyik cakap ikut sedap mulut. orang pun naik meluat kat kita.Dan sekali terlajak cakap memang buruk padahnya. Patutlah sangat Imam Ghazali menyusun satu bab dalam bukunya bahaya lisan. Bercakaplah yang baik-baik kerana bahasa yang baik itu sangat indah dan kadang sampai meresap ke jiwa hingga mampu mengubah persepsi hidup orang.Saya bimbang anak-anak muda kita selalu sangat bercakap tak reti berlapik. Main keluar saja apa yang dirasa. Adakala kemaafan tak mampu mengubah hati yang sudah luka. Jadi berhati-hatilah kerana kita akan disoal dengan apa yang kita lakukan semasa di dunia. Anggota badan kita hanyalah dipinjamkan Allah. Jadi gunalah dengan cara yang Allah benarkan. Berfikirlah sebelum berkata-kata sebab itu ada perpatah Arab yang berkata lidah nitu lebih tajam dari mata pedang.
1 comment:
bahasa jiwa bangsa. ada ke bahasa jiwa agama?
Bahasa Kedah boleh dikira bahasa baku juga.
Post a Comment