Friday, August 21, 2009

Aku & Dia


Alhamdulillah...tanpa disedari rupanya lebih separuh usia saya telah dihabiskan dengan seorang insan bernama suami. Ikan di laut asam di darat. Memang saya tidak pernah bermimpi atau berharap untuk menjadi isteri pada lelaki ini. Membesar di zaman orang tua melarang keras anak muda berpacaran membuatkan kita tidak memikir soal itu sehingga tiba masanya. Bila tiba-tiba di lamar saya bagai tidak tahu apa harus dilakukan. Sehingga emak mengusul saya bersolat istikharah. Dengan restu keluarga kami akhirnya dijabkabulkan pada 21hb Ogos,1980= 10 Syawal. Bila dilahirkan anak Adam telah tertulis hayat, maut,rezeki,jodoh dan suratan nasibnya.Kami berkahwin pada usia muda. Banyak cabaran yang dilalui untuk sampai ke tahap ini. Apa yang penting dalam melayari rumahtangga ialah mesti ada tolak ansar, banyak bersabar, komunikasi 2 hala dan berlapang dada. Paling-paling penting pergantungan pada Tuhan dan pegangan agama yang kukuh. Bila kita sudah faham tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebagai suami mahupun isteri insyaallah akan mudahlah segala urusan. Usia bukan ukuran yang penting ialah kematangan berfikir dan bertindak. Suami juga perlu menentukan halatuju keluarga. Isteri adakala bertindak mengikut emosi maka tugas suami pula membetulkan keadaan dengan akalnya yang panjang.Saya banyak merujuk kepada kitab Ihya Ulumuddin _Imam Al Ghazali pada bab Nikah. Berulangkali saya baca untuk memahaminya benar-benar agar tindakan yang bakal saya ambil ketika itu tidak silap. Saya masih muda dan dia pun masih muda. Bila kita berkahwin untuk menyempurnakan agama maka Allah mudahkan banyak urusan. Ramai anak-anak kami.Semuanya lahir berselang 2 tahun. 3 perempuan dan 4 lelaki. Jika dulu berdua maka sekarang kembali berdua. anak-anak sudah bertebaran di sana-sini mencari kehidupan masing-masing. Segala kegemaran sejak muda masih terus dilakukan bersama kecuali berbasikal atau melawat PC Fair. Bila usia berarak senja kasihsayang kita makin kukuh dan utuh rupanay. Gamaknya kerana kita sedar sekejap sahaja lagi Allah akan memanggil dia atau kita pulang bertemuNya. Sementara masih ada waktu hargailah masa -masa bersamanya dan banyaklah berdoa untuk diri kita dan dirinya agar Allah akan satukan kita kembali di akhirat kelak bersama orang-orang yang dikasihinya.. Amin..amin..Ya rabbal alamin.

3 comments:

Lady Qay said...

happy anniversary abumi....

ummiyati said...

thanks for the card. may Allah bless you too!

My Heart Draws A Dream said...

abumi..selamat ulang tahun yg ke 29..sori telupa tarikh..hihi..