Friday, August 7, 2009

Meriahnya Warna Hidup







Bukankah merenung yang hijau dan yang indah-indah itu memberi terapi pada minda? Berpeluang mencuri-curi masa ke Floria di Putrajaya memberi puing-puing bahagia memenuhi ruang hati. Anugerah Allah yang selalu dikesampingkan dalam kita mengejar majunya dunia. Cantiknya panorama hari itu cuma terdetik di hati tegakah kita mencemarinya dengan cebisan sampah di sana sini? Bilakah kita boleh mendidik diri kita ? Pagi yang sepatutnya di isi dengan Hari Akademik di KMB terpaksa ditukar. Kolej ditutup dan pelajar diarahkan pulang kerana wabak H1N1.Berita itu tiba ketika kami sudah di R&R Tapah. Saya terkesima. Sudah semakin seriuskah? Minggu ini Harith juga perlu diambil dari asrama. Sekolahnya juga tutup seminggu. Hari-hari yang basah membuatkan kami betul-betul quarantined di rumah. Bang cik terperok di bilik menyiap tugasan IB yang tak pernah habis. Datang hari Nisfu Syaaban peluang untuk berbuka puasa beramai-ramai sementara menanti Ramadhan tiba, insyallah. Malam di mana Allah akan turun di langit dunia dan Dia akan memberi rahmat kepada yang meminta rahmat, memberi rezeki pada yang meminta rezeki dan memberi keampunan kepada yang meminta keampuanan.Wajarkah dilepas peluang ini sedangkan belum pasti kita dapat bertemunya di tahun -tahun mendatang? Alhamdulillah , 'Ammar & team Utharanya sudah di Cairo, semuga jaulah ini membuka mata dan minda untuk menghargai segala nikmat yang dikecapi selama ini.Muga impian melalui malam-malam di bulan Ramdahan akan diperkenankan Allah SWT. Apalah yang diharapkan dari hati seorang ibu tua.Sekadar kebahagian dan segala yang enak-enak sahaja untuk semua yang hampir di hatinya.

No comments: