Hari ini para pengundi perlu turun lagi ke medan untuk membuat satu lagi keputusan. Sahabat-sahabat saya yang bertugas sebagai MAFREL=pemantau pilihan raya diucapkan selamat bertugas, semuga Allah juga yang menganjari antum semua. Kehadiran Mafrel dalam beberapa siri pilihanraya yang lepas telah berjaya membantu mengurangkan salahlaku pilihanraya. Keganasan, pemyalahgunaan jentera kerajaan, sogokan, pengundi hantu dan pengawasan melampau dari pihak Polis adalah antara bidang tugas yang diperhatikan oleh Mafrel. Mereka telah mendapat pas kebenaran dari SPR untuk memantau di tempat mengundi. Setiap kali datangnya pilihanraya sudah pasti isu pengundi hantu tidak pernah selesai.
Ada sesetengah pihak telah menyatakan wujudnya pengundi hantu sehingga
menjangkau angka ribuan. Seharusnya kenyataan ini disokong oleh bukti
jelas dan pengesahan dari kajian tapak. Definasi MAFREL mengenai pengundi
hantu ialah :- Pemilih yang setelah dijalankan kajian, didapati:
a) Identitinya tidak dikenali oleh penghuni di alamat yang sah; atau
b) Berdaftar sebagai pemilih di alamat yang palsu; dan
c) Mengundi pada hari mengundi
menjangkau angka ribuan. Seharusnya kenyataan ini disokong oleh bukti
jelas dan pengesahan dari kajian tapak. Definasi MAFREL mengenai pengundi
hantu ialah :- Pemilih yang setelah dijalankan kajian, didapati:
a) Identitinya tidak dikenali oleh penghuni di alamat yang sah; atau
b) Berdaftar sebagai pemilih di alamat yang palsu; dan
c) Mengundi pada hari mengundi
Sempena bulan Ramdhan yang mulia ini marilah kita berlaku adil dan amanah. Tugas kita tidak selesai setelah memangkah kertas undi tetapi apa yang kita lakukan ada dua malaikat yang melihat dan mencatat. Beramanahlah dalam melaksanakan tugas. Tindak laku kita di dunia kan disoal Allah kelak. Sudah pasti tidak akan ada yang dapat menolong. Masing-masing akan berlepas tangan dan hanya mengira untung nasib sendiri. Memilihlah bersandarkan kehendak dan maslahat agama. Pilihlah calon yang akan membantu menegakkan kalimah Allah di bumi ini. Allah telah mengamanahkan bumi ini kepada manusia tetapi manusia juga yang melakukan kerosakan ke atas bumi ini. Selamat bertugas dan selamat mengundi.
No comments:
Post a Comment