Sunday, August 23, 2009

Kala Hujan Turun


Subhanallah...lebatnya hujan sejak dua hari ini. Fasa pertama Ramadhan penuh dengan rahmah dari Allah. Janganlah banyak merungut kerana kita akan meletakkan diri kita sendiri dalam keadaan yang sentiasa tidak kena. Bersyukur dan bersabar. Setiap kejadian Allah ada hikmahnya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Bulan yang dijanjikan pahala berganda. Dalam susah dan dalam payah kita tidak layak sama sekali menyalahkan Allah. Jika di dunia kita sengsara insyallah di akhirat kita akan digantikan dengan nikmat yang lebih baik.Syaratnya hanya satu sentiasa bersabar dan terus bersabar.

No comments: