Kita mengejar dunia bagaikan akan hidup selama-lamanya sedangkan dunia diibaratkan sebagai titisan air di hujung jari sahaja. Begitu sekali Allah menilaikan dunia ini. Marilah berbalik kepada fitrah kita. Manusia hanya akan sejahtera jika hidup dengan berpegang teguh pada syariat .Dia yang mencipta kita dan sudah menyediakan manualnya kenapa kita masih lagi ingin mengerakkan hidup kita dengan memilih manual yang lain. Bayangkan jika kita membeli peralatan letrik atau mesin sudah diberi user manual untuk kita. Malah kita disarankan supaya membaca sebelum operate this machine. Itu hanyalah contoh yang kecil. Sudah pasti jika kita tidak mengikut arahan manual itu dan berlaku kerosakan pihak pengilang tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kita. Marilah recharge jiwa kita dengan manual Allah bermula Ramadhan ini sementara usia masih bersisa & resetlah hidup kita agar sentiasa align dengan manual tersebut.
Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Tuesday, August 25, 2009
R & R: Recharge & Re-set
Saya mengucap syukur bila mendengar suara 'Ammar . Sudah pasti bila suami & anak-anak dalam perjalanan hati saya sentiasa tidak tenang sehingga mendapat SMS atau panggilan dari mereka. Semuga permusafiran itu menambah baikkan amal dan persepsi hidupnya. Kini baru saya mengerti kenapa salah satu masa yang paling maqbul doa ialah ketika dalam perjalanan. Ketika ini kita sudah mengenepikan semua kebesaran , ketakburan dan kesombongan kita kepada Tuhan. Apa lagi bila pesawat bergegar teruk menempuh ribut atau kapal dilambung ombak yang kuat .Jantung pun sudah bagai hampir gugur kerana ketakutan. Sudah pasti kala ini hanya nama Allalh sahaja yang bermain di bibir. Bagi bukan Islam pula sudah pasti tanpa disedari keluar kata-kata "O my God!" dan seumpamanya. Allah sudah memaklumkan kepada kita dalam ayat-ayatNya.Bila manusia dilambung gelombang mereka akan mensucikan hati dan mengesakan Tuhan. Alangkah tidak malunya kita. Menyombong diri dengan melanggar perintah Allah dan tidak mengikut kataNya ketika kita dipuncak kekuasaan, kejayaan dan kegemilangan.Tapi..sebagai manusia yang lemah kita tidak malu-malu mencari Tuhan bila sudah lemah, sakit dan ditimpa musibah. Allah yang bersifat pengasih dan penyayang tidak pernah meninggalkan kita walau sedetik pun. Wahai anak adam! Datanglah dengan dosa seluas lautan jika kamu memohon ampun tetap akan Aku ampunkannya. Subhanallah....begitu sekaliseruan Allah tanda kasihNya kepada kita tetapi kita yang selalu lalai dan leka .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment