Rumah di Bangi Ria ini sudah menjadi homestay kami sekeluarga bila berkunjung ke KL. Kedudukannya yang hampir dengan KLIA/LCCT dan KMB juga UKM menjadikan rumah teh dan keluarga jadi pilihan utama kami. Sudah pasti kami suami isteri sangat berterima kasih kepada teh, pak teh dan anak-anak yang sudi menjadi keluarga angkat dan pohon menumpang kasih untuk semua anak-anak kami yang menyambung pelajaran di Selangor D.E. Sudah pasti bukan mudah untuk kami melihat anak-anak sampai ke tahap ini tanpa sokongan dan bantuan dari teh dan keluarga. Mudah-mudahan Allah jua yang mendorong hati orang pula di masa hadapan untuk menganjurkan hospitality yang sama kepada anak-anak teh bila mereka melangkah mencari ilmu kelak.
Alin yang sudah sedia manja dengan kak lang pasti tidak mahu melepas peluang menumpang kegembiraan kak lang. Insyaallah tidak lama lagi Alin boleh tumpang bergambar bila ibu dapat Phd nanti .Jangan lupa suruh ibu cari baju lawa-lawa .Macam gambar dengan abah hari tu. Sabar ya!
Saya juga ingin mengucap tahniah, syabas dan terima kasih kepada Puan Rohayu Ayob.
Terima kasih banyak-banyak di atas apa jua bantuan dan sokongan yang diberikan selama bersama berjuang menuntut ilmu bersama Kauthar. Kematangan usia dan pengalaman hidup Ayu banyak membantu Kauthar mengatur langkah di Shah Alam. Jauh dari keluarga, kejutan budaya dan ragam teman juga pensyarah adakala menjejas prestasi diri. Jika rakan dan teman tidak menyokong mungkin ramai yang kecundang dan tersasar. Tahniah kerana dalam kekangan masa dan tenaga Ayu mampu memikul 3 tugas sekaligus. Bila nak buat Masters?
Ketika menunggu di luar kami bertembung dengan sahabat lama dan juga Presiden JIM, Akh Zaid Kamarudin. Beliau yang menanti A'isyah keluar dari Dewan Sri Budiman sempat berbual-bual dengan suami saya. A'isyah yang kehilangan ibunya lebihkurang 5 tahun lalu kini sedang menyambung program ijazah di Shah Alam. Terlayang di ingatan saat akhir saya berpeluang menziarahi ibunya di HUKM. wajah ceria dan tuturkatanya bagaikan masih segar dalam fikiran. Alangkah indahnya jika saat indah ini turut dikongsi ibu tercinta. Tapi siapalah kita untuk memutar roda waktu dan taqdir. Al Fatihah untuk kak Wan Zarina.
6 comments:
Kecil tapak tangan, padang bangi teh tadahkan...
Ishh jadi ratu air mata mcm lang plak..terharu...
dr kakak, smpilah ke bgcik dok menumpang tuah di rumah Teh..terima kasih xterhingga dari kami!
mesti la..bukan family kita ja..anak mak lang pun skang akan p menumpang berteduh di umah teh..bangi ria mmg best la..kalo kita suma tak p umah teh,sapa lagi..kan teh kan???
Betul tu rmh teh memang strategik untuk k'ga sebelah KEDAH NI NAK MELEPAK... Sekurang-kurangnya dapat mengeratkan hbgn lagi...
Terima kasih teh n famili ucapkan atas setiap penghargaan.. bak kata mak lang, kedatangan sanak saudara mengeratkan hubungan dan juga memeriahkan rumah kami ni...
Wah..nampak gaya posting mendapat response yang hebat. Memang sangat sesuai nama Bangi Ria...muga isi rumahnya sentiasa riang ria dan ceria2 belaka.
Post a Comment