Sehari dua ni cuaca sangat panas. Orang yang diberi Allah rezeki yang lebih tentu mampu pasangkan air con tetapi bagi yang kurang mampu terpaksa bersabar dengan ujian Allah ini Kalau diberi pilihan saya sangat ingin tinggal di rumah kayu beratap rembia yang dapat memberi laluan udara segar keluar masuk dan menyejukkan isi rumah. Namun apakan daya rumah sebegitu hanya menjadi hiasan di resort dan hotel. Mungkin kerana kos binaannya yang tinggi maka ramai orang beralih kepada bata dan simen untuk menyiapkan rumah idaman mereka.
Bayangkan yang dingin...hm..teringatlah pulak iklan Hazeline Snow zaman TV Hitam putih dulu. Betullah juga kata orang fatamorgana, bila kita di padang pasir dan nampak macam ada air.Agaknya itulah juga bayangan dan idaman orang yang sedang kehausan dan kepanasan. Nak yang sejuk-sejuk dan yang dingin-dingin sahaja. Di mata dan juga di hati.
Ketika melawat rumah kediaman Ngah Ibrahim di Matang tidak lama dulu, saya meneliti cara orang dahulu membina rumah. Ruang pengudaraannya menjadikan rumah itu sangat selesa diduduki waktu siang mahupun malam. Siling yang tinggi dan banyak ruang udara bersih berputar menjadikan rumah itu sangat nyaman. Ketika kami di situ matahari sedang tegak di atas kepala tetapi kami tetap selesa. Ada kalanya kita tidak patut meninggalkan semua yang lama-lama. Walaupun tidak belajar ilmu senibina tetapi saya percaya tukang rumah zaman dahulu sudah mengambil kira faktor-faktor tertentu sebelum memulakan sesuatu binaan.
2 comments:
Kak Cik kami dah ambil perkiraan utk pengudaraan kat rmh kami . tu yang banyak tingkap & sliding door tu. Tapi bila orang dah pecah masuk dan semua pintu tingkap diletakkan 4 kunci/selak , dah jadi malas nak buka plk... Panas jg akhirnya..Tak bagus punya kawag nyusahkan orang aje......
Grrateful for sharing this
Post a Comment