Thursday, February 18, 2010

Panas Yang Menyengat

Sehari dua ni cuaca sangat panas. Orang yang diberi Allah rezeki yang lebih tentu mampu pasangkan air con  tetapi bagi yang kurang mampu terpaksa bersabar dengan ujian Allah ini Kalau diberi pilihan saya sangat ingin tinggal di rumah kayu beratap rembia yang dapat memberi laluan udara segar keluar  masuk dan menyejukkan isi rumah. Namun apakan daya rumah sebegitu hanya menjadi hiasan di resort dan hotel. Mungkin kerana kos binaannya yang tinggi maka ramai orang beralih kepada bata dan simen untuk menyiapkan rumah idaman mereka.



Bayangkan yang dingin...hm..teringatlah pulak iklan Hazeline Snow zaman TV Hitam putih dulu. Betullah juga kata orang fatamorgana, bila kita di padang pasir dan nampak macam ada air.Agaknya itulah juga bayangan dan idaman orang yang sedang kehausan dan kepanasan. Nak yang sejuk-sejuk dan yang dingin-dingin sahaja. Di mata dan juga di hati.

Saya yang sukakan ruang rumah yang nyaman ketika siang mahupun malam segera memberi cadangan kepada  menantu saya supaya dapat berbincang dengan pemaju untuk meminda sedikit ruang tingkap  bakal rumah baru mereka. Kalaupun mampu memasang air cond atau kipas jangan terlalu yakin yang bekalan elektrik akan ada sepanjang 24 jam untuk 365 hari. Jika bekalan letrik terputus dalam cuaca panas sehebat sekarang saya tidak dapat bayangkan bagaimana cucu saya  merengik sambil mengadu gatal badannya. Yang pasti saya tidak ingin  merasa bagaikan duduk di dalam ketuhar.


Ketika melawat rumah kediaman Ngah Ibrahim di Matang tidak lama dulu, saya meneliti cara orang dahulu membina rumah. Ruang pengudaraannya menjadikan rumah itu sangat selesa diduduki waktu siang mahupun malam. Siling yang tinggi dan banyak ruang udara bersih berputar menjadikan rumah itu sangat nyaman. Ketika kami di situ matahari sedang tegak di atas kepala tetapi kami tetap selesa. Ada kalanya kita tidak patut  meninggalkan semua yang lama-lama. Walaupun tidak belajar ilmu senibina tetapi saya percaya tukang rumah zaman dahulu sudah mengambil kira faktor-faktor tertentu sebelum memulakan sesuatu binaan.

Bila berjalan ke Penaga atau Kuala Muda saya suka melihat rumah-rumah kayu yang masih dijaga dengan baik. Saya teringatkan ketika kecil bila bermalam di rumah nek di Kg Suka Menanti .Bila tidur dan terjaga di tengah malam saya terpaksa masuk ke bawah tilam kerana cuaca  terlalu sejuk. Hari ini anak-anak saya tidak suka langsung berselimut kerana panas dan tidak selesa. Kipas mesti berjalan 24 jam jika mereka ada di rumah. Yang  pasti bil letrik  akan mendadak naik setiap kali musim cuti. Kita sudah kehilangan satu lagi nikmat yang Allah kurniakan. Penipisan ozone dan pemanasan global sudah sering sangat dibincang semenjak duamenjak ni.. bagi orang yang beriman sudah pasti ini dikaitkan sebagi ujian dari Allah. Allah mengamanahkan bumi ini untuk ditadbirkan dan manusia juga yang merosakkannya.

2 comments:

Misk said...

Kak Cik kami dah ambil perkiraan utk pengudaraan kat rmh kami . tu yang banyak tingkap & sliding door tu. Tapi bila orang dah pecah masuk dan semua pintu tingkap diletakkan 4 kunci/selak , dah jadi malas nak buka plk... Panas jg akhirnya..Tak bagus punya kawag nyusahkan orang aje......

Epoxy Flooring Deltona said...

Grrateful for sharing this