Hari -hari yang berlalu ibarat daun-daun kehidupan yang gugur satu demi satu. Maka akhirnya pohon yang megah berdiri sujud rebah ke bumi menunggu perhitungan seterusnya.
Monday, January 11, 2010
Kemudi Diri
Adab adalah tingkahlaku yang baik, budi bahasa yang halus dan sopan santun.Adab adalah cermin diri seseorang dan tidak boleh dipandang remeh. Bagimana kuih begitulah acuannya. Perilaku kita adalah cermin kepada murabbi kita. Orang yang mengajar, mengasuh dan mendidik kita. Melalui adab orang disekeliling dapat menilai prerwatakan sebenar diri seseorang.
Lebih-lebih lagi bila bertemu orang buat pertama kali, kita perlu mempunyai nilai diri yang tinggi dan sentiasa bertutur kata dengan sopan agar orang merasa dihormati dan selesa dengan kita.Dengan mengamalkan nilai yang baik bukan saja memberi kesan positif kepada diri tetapi juga memberi keselesaan kepada orang disekeliling kita.
Namun hari ini dalam mengejar apa yang dinamakan kemajuan kita mulai melupakan adab yang diajar nenek moyang yang disandarkan pula dari agama Islam yang murni. Tiada lagi adab dan batas pergaulan lelaki perempuan dan pertelingkahan amat mudah terjadi. Salah faham dan bahasa badan yang disalahertikan akan menimbulkan permusuhan dan sudah pasti akibatnya sangat buruk sekali.Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu.
Adab Ketika Marah:
1. Biarkan ia berlalu dan belajar memaafkan. Saya suka mendengar ceramah Dr Fazilah Kamsah, sebelum tidur malam belajarlah memafkan orang yang bersalah kepada kita kerana kita belum pasti kita dapat meminta maaf kepada orang yang kita bersalah bila bangun dari tidur nanti. Ia adalah tanda kebijaksanaan emosi.
2. Gunakan rasa marah itu secara positif. Salurkan marah kepada orang dengan melihat kesalahan yang kita lakukan. Mungkin marah orang itu berpunca dari kesilapan, kelalaian dan kealpaan kita. Menurut kajian rasa marah itu hanya memuncak pada 30 saat pertama.
3. Kawalkan dengan bijak. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Ingatlah marah itu datangnya dari syaitan.. Dia amat gembira melihat kita sesama Islam bercakaran, bermasam muka dan berpatah arang kerana sebab musabab yang sangat kecil dan remeh. Jika kita marah kerana orang lain diberi rezeki dan anugerah yang lebih baik dari kita eluklah disoal kembali Siapakah kita yang cuba mencabar Allah yang telah memberi nikmat itu kepada hambaNya. Kita hanyalah hamba yang menumpang rahmatNya jika ditarik balik siapalah kita yang berhak menyoalNya. Marilah belajar reda meredai dan hidup dalam harmoni. Perbanyakkanlah istarfar agar dijauhiNya perasaan marah yang tidak bertempat. Hidup dunia adalah ladang akhirat. Bersedekahlah walaupun sekadar sebuah senyuman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment